Terkini | New

Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur Kini Dibuka, Menjemput Tetamu Menerokai Kuala Lumpur menerusi Perspektif Baharu.

Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur Kini Dibuka, Menjemput Tetamu Menerokai Kuala Lumpur menerusi Perspektif Baharu.

Hotel baharu berteraskan seni dan komuniti ini menjadi platform untuk penerokaan, cita rasa, dan budaya di Kuala Lumpur


Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pembukaan rasmi hotel Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, menawarkan penginapan mengagumkan yang menggalakkan tetamunya mengenali dengan lebih dekat hab Asia Tenggara. Hotel 312 bilik ini membuka pintunya sebagai platform unik untuk menerokai warisan budaya Malaysia menerusi ruang yang mengasyikkan, pengalaman istimewa, dan peluang untuk mengenali hati nurani komuniti tempatan dengan lebih mendalam.

Terletak berhampiran dengan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang ikonik dan tidak jauh dari Menara KL, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan pelbagai cara unik untuk tetamu menikmati budaya tempatan dan keselesaan moden, kombinasi yang dicipta untuk pengembaraan bermakna dengan penuh gaya. Hotel setinggi 21 tingkat itu dilengkapi dengan pelbagai suite dan bilik tetamu, sebuah kolam renang air masin infiniti terbuka yang menghadap bandar, sebuah pusat kecergasan serba lengkap dengan akses 24 jam, dan tiga pengalaman menjamu selera yang benar-benar berinspirasikan dunia.


“Selaras dengan pembukaan ini, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur sebagai platform untuk bakat kreatif tempatan dan pengembara global menerokai sejarah, budaya, seni, kulinari dan masyarakat yang membentuk kota Kuala Lumpur yang penuh bertenaga ini,” kata Pengurus Besar Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chikako Shimizu. “Tetamu boleh menganggap kami sebagai kawan mereka dengan semangat untuk menghubungkan tetamu dengan pengalaman autentik, membantu mereka menerokai jejak yang jarang dilalui pelancong biasa dan mencipta detik yang boleh dikongsi bersama dalam komuniti kami.”

Dengan lokasi utama di tengah-tengah daerah perniagaan Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan berdekatan dengan destinasi tumpuan pelancong yang terbaik di bandar raya itu, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan cara menarik untuk menerokai tempat baharu, yang tersembunyi di sekelilingnya seperti Taman Eko-Rimba KL, Bangunan Zhongshan, dan The Row – koleksi kafe butik dan ruang niaga yang menampilkan jenama tempatan Malaysia. Gabungan baru dan lama, warisan abadi sejarah Kuala Lumpur yang berwarna-warni juga dapat dilihat pada reka bentuk dalaman hotel ini.

Sebaik sahaja tetamu menjejakkan kaki di lobi hotel, mereka akan disambut dengan reka bentuk yang menggabungkan ciri-ciri tempatan, diserlahkan melalui sentuhan warna terang bersama elemen perindustrian bagi memperingati sejarah perlombongan bijih timah di bandar raya itu. Ianya dizahirkan menerusi kerjasama antara Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur dan artis grafiti tempatan, Jefr yang membawakan elemen berani dan pesona luar biasa ke ruang legar hotel ini menerusi penggunaan warna terang dan imej abstrak yang mencerminkan limpahan kreativiti di tengah-tengah Kuala Lumpur.



Direka oleh Silverfox Studios, gabungan pengaruh moden dan tradisional hotel ini juga dapat dilihat di setiap 312 biliknya. Diinspirasikan oleh warisan perindustrian Kuala Lumpur, bilik-bilik ini menampilkan kemasan rapi dan bergaya, menyerlahkan keluasan ruang dan dihiasi dengan palet warna hangat yang membangkitkan suasana mesra. Pengalaman menginap di sini bukan sahaja menggalakkan para tamu untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah Kuala Lumpur, tetapi turut memberi inspirasi kepada mereka untuk melihat bagaimana elemen-elemen ini boleh ditemui di pelbagai kawasan berbeza di sekitar bandar raya itu.

Hotel ini menerusi tiga pengalaman menjamu seleranya yang unik dipimpin oleh Chef Eksekutif, Vincenzo Carbone dan Pengarah Operasi Makanan & Minuman. Davide Brescianini.

“Kami mahu menunjukkan persamaan antara budaya Itali dan Malaysia. Kami telah mengimaginasikan semula hubungan indah antara kedua-dua negara ini di tiga restoran kami, sama ada menerusi cita rasa autentik atau ekspresi berinovatif,” kata Chef Eksekutif Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Vincenzo Carbone. “Di Malaysia dan Itali, kita menikmati rasa yang padu, bahan-bahan yang segar, dan yang paling penting sekali, berkongsi perbualan yang menarik sambil menikmati hidangan yang hebat – itulah yang kami tawarkan.”

Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan peluang kepada tetamu untuk menikmati pizza dan pasta yang dibuat sendiri di restoran autentik Itali, IL Forno di hotel ini, sama ada untuk dikongsi bersama atau makan sendirian. TanBuri, restoran berkonsepkan kasual inovatif di hotel ini meraikan masakan enak berinspirasikan Asia Tenggara dalam hidangan kreatif seperti Tandoori dalam mangkuk ala Jepun dan sandwic “Naanini” yang memberikan cara baru untuk menikmati naan tradisional. Di tingkat atas hotel, bar dan lounge atas bumbung, @21 menawarkan pemandangan metropolis yang indah di samping kawasan kolam renang tingkat 21, minuman koktel, dan quesadilla enak yang dihidangkan panas dari gril teppan. Gabungan suasana kasual dan elegan, hiasan karya seni yang menarik, serta persekitaran yang menenangkan, setiap ruang menjamu selera di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang tiada tandingannya sebagai penghormatan kepada komuniti di sekitar hotel ini dan kisah yang mereka sampaikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau ikuti hotel ini di Instagram dan Facebook. Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur kini dibuka untuk tempahan yang menampilkan tawaran eksklusif untuk ahli World of Hyatt dan pakej pembukaan Explore the C yang termasuk sarapan harian, lawatan sehari bas Hop-On Hop-Off, 500 mata bonus World of Hyatt, dan kit hotel eksklusif. Tempoh tempahan untuk tawaran pembukaan tamat pada 31 Januari 2025.