Insta Fiesta 2024 Berjaya Menghimpunkan Usahawan, Pengasas Produk, Pempengaruh Dengan Peluang Dan Inovasi Pemerkasaan Perniagaan Yang Berjaya.
Insta Fiesta 2024 Berjaya Menghimpunkan Usahawan, Pengasas Produk, Pempengaruh Dengan Peluang Dan Inovasi Pemerkasaan Perniagaan Yang Berjaya.
Tahniah kepada TERAHAPPY RESOURCES yang menganjurkan INSTA FIESTA 2024 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Disember 2024 di Menara Shaftsbury Putrajaya yang mendapat sambutan luar biasa.
Program keusahawanan ini bertujuan untuk Memperkasakan Usahawan Mikro Tempatan, Meningkatkan Kesedaran Komuniti Dalam Teknologi dan Ekonomi Digital, Membuka Peluang, Latihan dan Bimbingan kepada Bakat Baru dalam Bidang yang Diminati serta Menggalakkan Kerjasama dan Jaringan untuk Memantapkan Kemahiran Dalam Perniagaan.
Program ini juga dapat memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan baru, usahawan sedia ada, para professional dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan membina jaringan perniagaan, makkumat informasi inisiatif-inisiatif terbaru serta peluang-peluang ekonomi yang inovatif dan berdaya saing.
Aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk:
1. Jualan produk IKS dari vendor-vendor tempatan.
2. Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen promosi ikrar derma organ.
3. Persembahan Artis Jemputan.
4. Persembahan Fesyen untuk Kanak-kanak.
5. Ujibakat baru untuk kemahiran seni: Deklamasi Puisi, Suara Latar (Voice Over), Pengacaraan (Host), Nyanyian (Singer), Lakonan (Acting) dan Peragaan (Modelling).
6. Acara Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak.
7. Bengkel dan Geran Halal untuk Usahawan daripada BANK MUAMALAT.
8. Bengkel Asas Pengucapan Awam khas untuk Usahawan.
9. Malam Puisi KEPENTAS Putrajaya: Cintai Bahasa, Cintai Negara.
10.Penampilan Vendor dari Artis-artis Malaysia.
11.Sembang Santai Usahawan.
12. Acara kemuncak Pelancaran Rasmi “The Ambassadaor X : Influencer & Founder”.
Acara keusahawanan pintar yang dianjurkan oleh Terra Happy Resource serta kerjasama Z’Blessco Beauty Academy, Majalah Salista, TVR Channel, Pocket TV, Sensasi TV, Red Dot Com Management & Services, MIA Solutions & Consultancy dan KEPENTAS Putrajaya akan menjadi platform utama dalam memperkenalkan peluang-peluang baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi.
Sementara itu, persembahan artis dan pempengaruh terkenal serta penyertaan para vendor termasuk vendor artis akan menambah elemen hiburan dan juga kemeriahan. Lantaran acara ini akan menjadi lebih bermanfaat, bertambah meriah dan menghiburkan.
Acara INSTA FIESTA yang mengumpulkan dan menampilkan pempengaruh dan beberapa artis tempatan, ini juga menggalakkan kerjasama daripada pelbagai pihak. Pempamer dari kategori kemahiran, komuniti dan khidmat masyarakat seperti Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Ikrar Derma Organ juga diundang agar semua yang terlibat juga cakna terhadap kesihatan dan tanggungjawab sosial.
Pastinya, dalam acara uji bakat baru untuk melahirkan insan seni yang berilmu akan turut mendapat sambutan.
Acara kemuncak sempena Pelancaran Rasmi “The Ambassador X” bersama lebih “10 Influencer dan 10 Founder” serta jemputan Trainer hebat seperti Sirr Nazri dan Tuan Adi Fitri menggamat suasana meriah.
Tahniah dia tas penganjuran yang hebat dan meriah. Sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi Puan Zunaida Othman di talian +6019 381 9824 atau Encik Idris Mohamad di talian +6011 3388 7446.