Terkini | New

Lotus’s Malaysia Buka Cawangan Ke-70 Secara Rasmi

Lotus’s Malaysia Buka Cawangan Ke-70 Secara Rasmi


Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan rasmi pasar raya dan pusat beli-belah baharunya, Lotus’s Rimbayu pada hari ini. Destinasi beli-belah dan tempat makan yang dinanti-nantikan ini kini sedia menerima kunjungan selepas setahun dinantikan.

Sejak majlis pecah tanah pada 18 Disember 2023, pasar raya satu tingkat seluas 6,000 meter persegi milik Lotus’s kini dibuka kepada semua pelanggan. Antara kedai makanan dan minuman popular yang terdapat di sini termasuk Kopiholic, BMS Organics & Oat Story, My Mom’s Chicken Rice, Mixue, Gigi Coffee, Empire Sushi, Happy Potato, dan banyak lagi.



“Ruang baharu ini dibina bertujuan untuk menjadi pusat pertemuan kepada penduduk di IJM Rimbayu dan komuniti sekitarnya. Lotus’s Rimbayu menawarkan pelbagai tempat makan, perkhidmatan, dan pasar raya lengkap yang menyediakan lebih daripada 10,000 produk tempatan dan import. Kami sebagai pasar raya kejiranan Rimbayu berusaha untuk menyediakan barangan segar dan berkualiti serta perkhidmatan terbaik dalam suasana yang moden, selesa, dan mudah kepada komuniti setempat,” kata Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.

Lotus’s berimpian untuk menjadi suatu tempat yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan komuniti setempat yang dapat memberikan keceriaan serta mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat. Oleh itu, pasar raya ini menyediakan persekitaran runcit baharu yang inklusif, di mana semua orang berasa dialu-alukan.

Lotus’s Rimbayu terletak di pusat komersial perbandaran yang sangat strategik di mana pasar raya ini boleh diakses dan dihubungkan melalui empat lebuh raya utama iaitu Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Shah Alam, dan kawasan Lembah Klang.


Pembukaan Lotus’s Rimbayu merupakan pencapaian penting bagi Lotus’s Malaysia kerana ianya merupakan cawangan ke-70 yang telah dibuka, sekaligus menunjukkan usaha mereka dalam mencipta pengalaman runcit yang luar biasa.

Majlis perasmian hari ini disempurnakan oleh Datuk Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, bersama Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, serta Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, yang turut diiringi oleh barisan kepimpinan Lotus’s Malaysia.

Pada majlis pelancaran ini juga, Lotus’s turut mempamerkan kerjasama yang berterusan dengan Food Aid Foundation melalui inisiatif #KitakanJiran dalam menyediakan ‘keselamatan makanan’. Kerjasama ini dijalankan melalui pengagihan makanan lebihan harian dari pasar raya mereka kepada komuniti yang diperlukan pada setiap hari.

Wakil media juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif melalui aktiviti Media Experiential Hunt yang membolehkan mereka untuk meneroka cawangan baharu ini dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Sempena pembukaan ini, Lotus’s menawarkan pelbagai aktiviti menarik, ganjaran, dan penjimatan kepada pelanggan:

Hari Pelancaran, 11 Disember 2024
• Percuma cetakan foto di photo booth dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Rimbayu.
• Sesi eksklusif Meet and Greet bersama Chase dan Marshall daripada PAW Patrol pada 11 Disember 2024 (Penampilan pada pukul 11 pagi, 1 tengah hari dan 3 petang).

11 Disember – 15 Disember 2024
• Siapa Cepat, Dia Dapat –50 pelanggan pertama dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 pada setiap hari (8 pagi – 10 pagi setiap hari; 50 pemenang setiap hari).
• Booth Permainan Ring Toss – Berpeluang memenangi baucar hadiah Lotus’s bernilai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM80 di pasar raya Lotus’s (10 pagi – 9 malam setiap hari; 300 pemenang sehari).
• Tote bag Lotus’s edisi terhad dengan perbelanjaan RM120 (selagi stok masih ada).
• Penyampelan makanan dan minuman secara percuma.

Keistimewaan Eksklusif untuk Ahli My Lotus’s
• 7X mata ganjaran My Lotus’s untuk ahli baru dan sedia ada sepanjang hujung minggu Disember ini (14 Disember – 15 Disember, 21 Disember – 22 Disember, 28 Disember – 29 Disember).
• Jimat! Lagi Jimat! – Nikmati sehingga RM6 baucar tunai (perbelanjaan minimum RM80 untuk pembelian seterusnya, boleh ditebus dari 26 Disember 2024 – 8 Januari 2025) untuk ahli My Lotus’s dengan perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit.
• 5 ahli My Lotus’s bertuah akan memenangi 70x mata My Lotus’s tanpa perbelanjaan minimum di Lotus’s Rimbayu (terhad kepada 5 pemenang sehari; bermula 11 Disember – 15 Disember).
• Berpeluang memenangi jongkong emas Poh Kong seberat sepuluh gram bernilai RM4,300 atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada 10 pemenang) untuk tiga ahli baru My Lotus’s bertuah.

Aktiviti Menarik bagi seisi Keluarga

• Eksklusif Aktiviti Seni Dan Kraf PAW Patrol dengan pembelian minimum barangan PAW Patrol bernilai RM20 (14 Disember – 15 Disember 2024).
• Aktiviti mewarna pada setiap hari dari 10 pagi – 10 malam.
• Diskaun sehingga 50 peratus atau promosi beli 1 percuma 1 di kedai penyewa yang terlibat.
• Pameran kereta Chery – model Omoda 5 dan Tiggo 7.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang berlangsung di Lotus’s Rimbayu, sila layari laman rasmi Facebook Lotus’s Malaysia di https://www.facebook.com/LotussMalaysia.