Terkini | New

Menara Kuala Lumpur Menyinari 2025: Pertunjukan Bunga Api Kembali Buat Pertama Kali Sejak 1996

Menara Kuala Lumpur Menyinari 2025: Pertunjukan Bunga Api Kembali Buat Pertama Kali Sejak 1996


Selepas hampir tiga dekad, Menara Kuala Lumpur dengan bangganya akan mempersembahkan semula pertunjukan bunga api ikonik sempena Sambutan Tahun Baru 2025 Quarter Century Celebration. 

Buat pertama kalinya sejak perasmian pada tahun 1996, Menara Kuala Lumpur bakal diterangi dengan percikan warna-warni bunga api yang memukau, menjanjikan permulaan tahun baru yang penuh dengan memori indah. 


SAMBUTAN YANG DINANTIKAN SELAMA 28 TAHUN Pada 31 Disember 2024, Menara Kuala Lumpur menjemput para pengunjung untuk menyaksikan acara bersejarah ini yang akan menampilkan: 

• Dua Persembahan Bunga Api: Pertunjukan bunga api selama lima minit akan menghiasi bandaraya Kuala Lumpur dari Tower Terrace dan Aras TH07. Ianya pasti akan menawarkan pemandangan yang luar biasa kepada para pengunjung. 

• Hiburan Secara Langsung oleh Sky Band: Nikmati persembahan muzik secara langsung yang bertenaga sambil kita bersama-sama menghitung detik menuju tahun baru.

• Suasana Meriah: Pintu masuk akan dibuka mulai jam 9:00 malam, lengkap dengan hidangan ringan dan pek parti untuk memeriahkan sambutan tahun baru anda. 


Menurut Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.: “Sambutan tahun baru kali ini menandakan detik bersejarah yang mengimbau semula asal-usul Menara Kuala Lumpur. 

Sejak tahun 1996, kami berdiri sebagai simbol pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur. Selepas 28 tahun, kami sangat teruja untuk membawa kembali pertunjukan bunga api ini, kerana ianya dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung antarabangsa untuk meraikan malam Tahun Baru dalam suasana yang ikonik.” 


TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG – TEMPAT ADALAH TERHAD Tiket berharga RM88 seorang ini menawarkan peluang eksklusif kepada pengunjung untuk meraikan Tahun Baru dari salah satu lokasi terbaik dan paling ikonik di Kuala Lumpur.