MINAZ BLOOMING RAYA "The Final Chapter" Setelah 8 Tahun Rozita Che Wan & Aisyah Dhia Rana Kembali Bersama MINAZ
MINAZ BLOOMING RAYA "The Final Chapter" Setelah 8 Tahun Rozita Che Wan & Aisyah Dhia Rana Kembali Bersama MINAZ
Perjalanan sebuah jenama dalam dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. 15 tahun yang penuh suka duka, cabaran dan kejayaan, namun MINAZ berjaya mewarnai industri fesyen tempatan dengan keunikan koleksi Blooming Raya yang melambangkan keanggunan serta kemewahan. Bermula pada tahun 2010, MINAZ kekal mendapat tempat di hati pelanggan yang dikenali sebagai MINAZ Lovers.
Rekaan yang dihasilkan kali ini bukan sekadar satu persalinan, namun koleksi terakhir MINAZ Blooming Raya merangkumi makna yang lebih mendalam tentang perjalanan, memori, dan penghormatan. Simbolik kepada bagaimana MINAZ Blooming Raya ini telah melalui masa-masa indanya, mencipta koleksi yang luar biasa, dan kini memilih untuk menutup perjalanan ini dengan penuh keanggunan dan satu kenangan yang abadi.
Umum mengetahui bahawa, MINAZ menghasilkan pelbagai rekaan eksklusif sejak kemunculan MINAZ Blooming Raya yang pertama. Rentetan itu, MINAZ sentiasa menjunjung tinggi kualiti dan keunggulan rekaan selaras dengan permintaan pelanggan. Bukan hanya koleksi fesyen yang memukau, namun MINAZ mendengar setiap keluhan serta mengukuhkan hubungan yang erat dengan pelanggan, menjadikannya salah satu jenama yang dikenali ramai, lebih dari 1,306,000 pengikut di semua platform sosial media.
Tahun demi tahun, MINAZ teguh dalam misi menawarkan rekaan yang bukan sahaja unik tetapi penuh dengan nilai estetika kesenian yang mendalam. Ketika dunia fesyen semakin berkembang, MINAZ kekal dengan rekaan persalinan mewah yang dihiasi perhiasan lace, beads dan ribuan rhinestones, menjadikan MINAZ sinonim dengan gaya elegance dan minimalis.
Namun, setelah 15 tahun mengukir sejarah dalam Koleksi Baju Raya fesyen tempatan, MINAZ Blooming Raya kini berada di penghujung perjalanan. Keputusan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah, tetapi ianya merupakan sebuah keputusan yang penuh makna dan kenangan. MINAZ tidak hanya sekadar jenama, tetapi telah menjadi sebahagian daripada hidup ramai pelanggan yang mengikuti perkembangan dan karya kami sepanjang lebih satu dekad.
"Insya-Allah, we will do better. Walaupun edisi Blooming Raya ini bakal melabuhkan tirai, kenangan indah sepanjang perjalanan ini akan terus dikenang. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus, koleksi ini adalah buah tangan istimewa dari MINAZ untuk yang terakhir kepada anda semua. Ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan baharu 'The New Chapter of MINAZ' untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik,'' kata Hafiza Dato' Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, penuh emosi.
Tinggal beberapa detik sahaja sebelum MINAZ BIooming Raya mengakhiri perjalanan, namun legasi yang ditinggalkan pasti akan terus hidup dalam setiap helaian kain yang pernah diperkenalkan. 15 tahun perjalanan ini bukan sekadar mencatatkan angka, tetapi ia adalah kisah tentang semangat yang tidak pernah pudar, tentang perjuangan untuk terus maju walau dalam kesulitan, dan tentunya tentang kenangan manis yang akan terus menginspirasi ramai wanita di luar sana. MINAZ Blooming Raya bakal melabuhkan tirai, tetapi menyimpan 1001 untold story yang akan terus dikenang oleh setiap jiwa yang pernah menyentuh koleksi-koleksi istimewa.
MINAZ GALLERY 2025: Pameran Eksklusif 15 Tahun MINAZ & "Blooming Raya The Final Chapter" Dibuka untuk Orang Ramai
MINAZ dengan sukacitanya memperkenalkan MINAZ GALLERY 2025, sebuah pameran eksklusif yang memaparkan perjalanan indah di sebalik pembikinan koleksi ikonik kami, "'Blooming Raya." Bermula dari idea kreatif hingga sentuhan akhir, galeri ini adalah penghargaan kepada warisan MINAZ dan cara kami meraikan setiap momen berharga bersama pelanggan setia.
Pameran ini mengajak para pengunjung untuk menyelami sejarah dan proses unik dalam menghasilkan setiap koleksi Blooming Raya." Anda akan berpeluang melihat secara dekat bagaimana inspirasi dan dedikasi kami diterjemahkan menjadi rekaan-rekaan anggun yang menawan. Setiap sudut galeri ini menceritakan kisah yang berbeza - dari lakaran awal, pemilihan kain, hingga proses jahitan yang teliti.
Yang lebih istimewa, pengunjung juga boleh merasai sendiri fabrik dan material eksklusif daripada koleksi terakhir kami, "Blooming Raya The Final Chapter." Ini adalah peluang istimewa untuk anda menghargai kualiti dan kehalusan setiap helaian sebelum membuat pra-pesanan.
Maklumat Galeri:
Lokasi: MINAZ HQ, BANDAR TEKNOLOGI KAJANG.
Tarikh: 30 NOVEMBER - 31 DECEMBER
(TUTUP SABTU & AHAD)
Masa: 10 PAGI-6 PETANG
Turut mengundang semua peminat MINAZ, pencinta fesyen, dan mereka yang menghargai seni pembuatan pakaian untuk menyertai kami di MINAZ GALLERY 2025 Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menjadi sebahagian daripada penutup legasi yang penuh makna.
Dalam meraikan momen bersejarah ini, MINAZ dengan penuh bangga mengumumkan kembalinya dua figura ikonik, Rozita Che Wan dan Aaisyah Dhia Rana, yang pernah menjadi wajah kempen MINAZ Blooming Raya pada tahun 2017 melalui koleksi "Blooming Raya." Ketika itu, kempen tersebut mencipta fenomena luar biasa dan meninggalkan impak mendalam di hati rakyat Malaysia. Dengan kejayaan tersebut, kami tidak ragu-ragu untuk membawa mereka sekali lagi sebagai muse bagi koleksi terakhir ini. Pemilihan mereka bukan sekadar simbolik, tetapi sebuah perjalanan yang penuh emosi dan kenangan indah.
"Koleksi ini bukan sekadar penghujung perjalanan, tetapi ia adalah penghormatankepada setiap wanita yang menjadikan koleksi MINAZ Blooming Raya sebahagian.daripada hidup mereka. Kami ingin menutup kisah ini dengan penuh makna, dan siapa lagi yang lebih sesuai untuk mencipta momen istimewa ini selain Rozita Che Wan dan
Aaisyah, yang telah bersama kami di salah satu kejayaan terbesar MINAZ Blooming Raya," kata pengasas MINAZ, Hafiza Dato' Abd Hamid.
Kini, MINAZ membawa Che Ta kembali sebagai penutup tirai Blooming Raya dengan penuh kemegahan. Dalam edisi terakhir ini, Che Ta kembali bersama puteri kesayangannya, Aisyah Dhia Rana, yang kini menjadi seorang gadis jelita, melengkapkan konsep ibu dan anak beraya pakaian sedondon, membangkitkan keanggunan bersama.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.minaz.com.my dan www.facebook.com/minazofficialpage