Terkini | New

Misi Bantuan Mangsa Banjir Bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia

Misi Bantuan Mangsa Banjir Bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku Fm.


Banyak pihak tersentuh hati dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara kita sepanjang bulan ini. Kemusnahan yang berlaku pula bukan calang-calang kerana ada mangsa yang kehilangan semua harta benda apabila rumah roboh dan hilang dihanyutkan arus deras.



Mereka yang berternak dan berkebun pula terpaksa berputih mata apabila haiwan ternakan dihanyutkan banjir dan tanaman musnah mengakibatkan kerugian yang besar. Inilah ujian besar yang diturunkan oleh Allah SWT dan setiap dari kita perlu reda menerimanya.

Terpanggil serta bersimpati dengan apa yang berlaku, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku Fm serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa banjir.



Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak, katanya.



Menurutnya Misi Bantuan Banjir mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak antaranya :

1. Makanan
2.Peralatan pembersihan rumah
3. Water jet
4. Peralatan kebersihan diri
5. Kain batik, kain pelikat, telekung
6 Pakaian dalam, tuala wanita
7.Selimut, toto, tikar
8. Air mineral
9. Lampin pakai buang

"Jika anda yang  ingin membantu, bolehlah menghubungi nombor 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763 

Barisan artis yang menyatakan persetujuan untuk terbabit dalam misi mulia ini ialah Datuk Nash.




"Saya rasa sangat sedih dan terpanggil untuk membantu apabila lihat paparan-paparan video kesukaran, kesusahan dan penderitaan mangsa banjir menerusi pelbagai medium. Ada yang sudah berusaha pelbagai cara untuk mengelakkan menjadi mangsa antaranya meninggikan tapak rumah dan memastikan haiwan dalam keadaan selamat tapi kehendak Allah tidak boleh dilawan.

"Jadi saya menyeru kepada semua penggiat seni agar bersatu hati membantu mereka yang terkesan. Inilah tanda solidariti golongan artis kepada masyarakat, InsyaAllah kebaikan kita akan mendapat ganjaran Allah nanti," katanya.




Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, mereka kini sedang menguruskan Pusat Pengumpulan Barang- Barang untuk membantu mangsa banjir terkini.


"Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir.


Turut hadir Dato' Ziela Jalil dan Liza Abdullah, Dato' Amir pearl, Lan A to Z, Madi Ozon, Jiee, Zam Arena/Handy Black, Dato' Nash, Puan Fitra Loonaq Records, Ismahalill Hamzah,  Dean Bassist, Mus DK Dreamknight, Haji Kamal Karyawan dan kumpulan-kumpulan penderma ngo yang lain.


Pada masa yang sama satu MOU bersama dua pelakon senior terkenal, Liza Abdullah dan Datuk Ziela Jalil mencatat sejarah apabila dilamar oleh syarikat rakaman Loonaq Record sebagai artis mereka. Liza dan Ziela secara rasmi menyertai Loonaq Record milik Haji Rozman Abas.


Liza atau Norliza Abdullah sebenarnya bermula sebagai penyanyi pada 1984 dan aktif menyanyi dalam program Mekar Sejambak terbitan RTM.

Turut berlakon filem Pagar-Pagar Cinta pada tahun yang sama dan menyanyikan runut bunyi lagu Pagar-Pagar Cinta bersama pasangan lakonnya, A.R Badul.

Nama Liza menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud pada 1985.

Pada 1998, Liza berduet dengan Renggo Arrow menyanyikan lagu Samarenda. Beliau turut menyertai program The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).membawakan maskot Kurita dan berjaya bertahan selama empat minggu.


Turut sama Amir Pearl yang popular dengan lagu Aku Tidak Bersalah akhirnya kembali bangkit dan kini tampil dengan album single berjudul Teristimewa ciptaan Adi Priyo Sambodo dan lirik juga bersama Amir.

"Lagu Teristimewa sebenarnya sudah lama dirakamkan di Al-Pamalo Studio milik Datuk Awie dimana mereka yang terbabit terdiri daripada barisan pemuzik hebat iaitu Nasir Search sebagai penyusun muzik,'' katanya.

Barisan pemuzik rakaman pula terdiri daripada Kid Search (gitar) Nasir Search (bass), Pae (drum) dan Firdaus keyboards. Proses rakaman dibuat sebelum dan vocal selepas saya kemalangan.



"Apabila saya kembali pulih, Datuk Awie panggil saya untuk sambung semula rakaman di studionya. Kerana di awal-awal sebelum kemalangan, saya dah berbincang di studio dan menerima nasihat dan tunjuk ajar untuk memulakan projek solo lagu ini. Juga bersama abang Nasir Search.

Tajuk lagu Teristimewa ini saya buat dulu adalah khas untuk isteri saya. Namun lirik dan lagu ini juga adalah untuk semua orang boleh tujukan pada yang istimewa dalam hidup masing-masing. Bukan saja pasangan tapi sesiapa termasuk Ayah dan lbu.