Terkini | New

Prudential Bsn Takaful Cipta Rekod Kebangsaan Ungguli Pencapaian Profesional Dalam Kalangan Perunding Takaful Di Malaysia

Prudential Bsn Takaful Cipta Rekod Kebangsaan Ungguli Pencapaian Profesional Dalam Kalangan Perunding Takaful Di Malaysia


Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali Takaful keluarga terkemuka di Malaysia selama 11 tahun berturut-turut, sekali lagi menunjukkan komitmennya untuk meningkatkan standard industri dengan memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk “Jumlah Ejen Terbanyak Menyelesaikan Peperiksaan Modul 2 PITO dalam Sehari”. Di tengah-tengah landskap pasaran yang berkembang, pencapaian monumental ini mencerminkan dedikasi syarikat untuk memperkasakan perunding Takafulnya dengan standard profesionalisme dan kepakaran yang tinggi untuk menyediakan penyelesaian kewangan dan kesihatan yang dipercayai kepada rakyat Malaysia. 


Program Professionalism of Insurance & Takaful Operators Agents (PITO) atau The Professionalism of Insurance & Takaful Agents (PITA), adalah inisiatif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan integriti ejen insurans dan takaful di Malaysia. Pada 15 November 2024, perunding Takaful PruBSN telah menduduki peperiksaan Modul 2 PITO, dengan 4,422 perunding lulus dalam sehari. 



Pencapaian ini bukan sahaja memenuhi keperluan profesional BNM tetapi juga mengukuhkan kepercayaan awam terhadap perunding-perunding Takaful PruBSN sebagai penasihat yang berwibawa dan beretika. Ia selaras dengan komitmen kelestarian sosial PruBSN untuk mendidik pelanggan tentang kepentingan perlindungan kewangan dan kesihatan. Pendekatan proaktif ini membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang bijak mengenai keperluan kewangan dan kesihatan mereka, mengukuhkan dedikasi kami untuk membina komuniti yang dilindungi dengan baik dan terjamin dari segi kewangan. 



Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Dengan lebih daripada 16,000 perunding Takaful PruBSN di seluruh negara, kami komited untuk memperkasakan mereka kdengan kemahiran dan profesionalisme yang bersesuaian. Pencapaian ini sejajar dengan situasi semasa industri Takaful yang sedang bergerak seiring dengan trend pasaran yang dinamik termasuk perubahan dalam trend penjagaan kesihatan dan keperluan untuk perancangan kewangan yang betul. Ini memerlukan kami untuk melengkapkan perunding Takaful kami dengan pendekatan strategik yang berorientasikan pelanggan untuk membantu rakyat Malaysia mengurus keperluan kewangan dan kesihatan mereka dengan berkesan dalam masa yang tidak menentu ini.” “Selain daripada sijil profesional, PruBSN juga sentiasa mengutamakan inisiatif pembangunan keupayaan untuk memperkukuhkan kekuatan agensi kami dengan kemahiran yang moden dan terkini. Pada tahun ini, syarikat telah menganjurkan lebih daripada 20 program pembelajaran dan pembangunan, melibatkan semua perunding Takaful kami di seluruh negara merentasi pelbagai tahap kemahiran, membolehkan mereka menawarkan nasihat kewangan yang lebih mendalam dan kukuh kepada pelanggan kami sambil mengekalkan kepercayaan dan kepuasan mereka,” tambahnya. 




Dengan menjadikan pelanggan sebagai kompas kami, PruBSN memastikan laluan pembelajaran kami disesuaikan untuk menangani kebimbangan dan memenuhi keperluan yang semakin berkembang seiring kehendak pelanggan dan industri. Pendekatan moden seperti teknologi media sosial untuk aktiviti jualan dan pemasaran mempersiapkan perunding Takaful kami untuk lebih cemerlang dalam landskap persaingan hari ini. Inisiatif ini merangkumi latihan yang dipermudahkan untuk perunding-perunding baru hingga intervensi pembelajaran yang komprehensif untuk mereka yang lebih profesional dan berpengalaman, bagi memperkasakan kecekapan teknikal dan etika mereka. 


Pada tahun 2024, kami telah menawarkan Program Takaful Enhanced Elite Development untuk membantu rakyat Malaysia yang layak membina kerjaya keusahawanan mereka dengan PruBSN, dengan sokongan yang kukuh. Pendekatan pembelajaran bersepadu kami yang digamifikasi menggabungkan pembelajaran bersemuka, maya, dan e-pembelajaran untuk mempromosikan peningkatan kemahiran berterusan dan profesionalisme dalam kalangan perunding kami. Tahun depan, kami merancang untuk bekerjasama dengan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (PPKM) untuk menyediakan program sijil professional selaras dengan komitmen kami terhadap pembangunan modal insan. 


Selain itu, PruBSN turut memperbaharui kerjasama strategiknya dengan PPKM. Melalui kerjasama ini, perunding Takaful kami akan mendapat sokongan eksklusif untuk menduduki pensijilan Modul 2 PITO dan mendapat akses kepada program dalaman Perancang Kewangan Islam (IFP) yang berprestij mulai tahun depan. Kerjasama ini telah dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN dan Ketua Pegawai Eksekutif FPAM, Alex Lee. 




PruBSN tetap komited untuk memperkukuhkan ekosistem bagi kekuatan agensinya dalam mempromosikan produk-produk takaful. Dengan melengkapkan para perundingnya dengan kemahiran dan pengetahuan yang kukuh, kami akan memperkasakan mereka untuk berjaya sebagai Perancang Kewangan Takaful atau Perunding Takaful gig. 

Misi ini bukan sahaja menunjukkan kekuatan PruBSN sebagai jenama yang dikenali tetapi juga mencerminkan tujuan utamanya untuk melindungi lebih ramai rakyat Malaysia – Untuk Setiap Kehidupan, Bagi Setiap Masa Depan.