Domino’s Abadi Detik Indah Dengan Ciptaan Terbaru Golden Treasure Pizza
Domino’s Abadi Detik Indah Dengan Ciptaan Terbaru Golden Treasure Pizza
Turut berkongsi ganjaran emas tahun baharu kepada hero penghantaran di sebalik tabir
Membawa semangat perayaan, Domino’s Pizza akan melancarkan piza terbaru dengan kerak piza berbentuk syiling emas Cina purba, yang memberi rasa luar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Golden Treasure Pizza menetapkan penanda aras baharu dalam sejarah penciptaan piza denganmemperkenalkan kerak piza unik dan inti premium, menjanjikan pengalaman menjamu selera yang sukar dilupakan. Golden Treasure Pizza baharu ini boleh didapati dalam tiga pilihan yang sungguh menyelerakan. Golden Salmon Pizza dengan Gold Coin Crust yang ditaburi empingan salmon premium, Golden Prawn Pizza dengan Gold Coin Crust berintikan udang bakar lazat dan Golden Popcorn Chicken Pizza yang ditaburi ayam popcorn empuk. Gold Coin Crust ini ditaburi dengan keju cheddar merah dan diisi dengan keju mozarela.
Ketiga-tiga pilihan piza dilapisi dengan sos berkrim Domino’s yang kaya dengan perisa udang karang, ketulan nanas, dan keju mozarela cair untuk menghasilkan keserasian cita rasa yang sempurna. Bagi mereka yang lebih suka menikmati piza bentuk biasa, Golden Treasure Pizza juga boleh didapati tanpa Gold Coin Crust.
Selain itu, Golden Four Chicken Drummets juga diperkenalkan untuk melengkapi Golden Treasure Pizza dan menjadikan hidangan tambahan sempurna di musim perayaan. Sajian ini disediakan dalam empat perisa menyelerakan, iaitu perisa Asli, Honey Garlic dengan Bawang Putih Goreng Rangup, Oriental Orange dengan Bijan, dan Gochujang dengan Kepingan Cili Kering. Hidangan 4-dalam-1 ini menawarkan rasa manis, masam dan pedas, mencipta gandingan rasa yang menjadikan momen Golden Treasure anda lebih bermakna dan benar-benar mencerminkan tema “Golden Treasure, Shared Moments”.
Hidangan sampingan lazat Golden Four Chicken Drummets disediakan dalam 16 ketul dan boleh didapati dengan harga RM49.90, amat sesuai untuk sambutan perayaan. Tawaran sah untuk tempoh terhad mulai 7 Januari 2025 dan pelanggan boleh menikmati Golden Treasure Pizza yang baharu dalam saiz Regular dan Large. Untuk meraih lebih nilai, pelanggan boleh merebut diskaun 50% bagi setiap pembelian Golden Treasure Pizza sepanjang hari.
Sempena pelancaran Golden Treasure Pizza, Domino’s juga memberi penghormatan kepada rakan-rakan penghantar termasuk Abang-Abang Domino’s, GrabFood, FoodPanda, dan ShopeeFood yang merupakan hero di sebalik tabir. Menepati tema “Golden Treasure, Shared Moments”, Domino’s telah menganjurkan beberapa aktiviti yang memberi peluang kepada rakan penghantar yang hadir untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk baucer petrol, pin tambah nilai e-Dompet Touch ‘N Go dan wang tunai dan juga hadiah utama iaitu sebuah motosikal baharu bernilai lebih RM5,000.
Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Tahun Baharu Cina ialah perayaan yang meraikan kemakmuran dan kesatuan hati, dan Golden Treasure Pizza jelas mencerminkan nilai-nilai ini. Walaupun kami teruja untuk memperkenalkan perisa edisi terhad untuk pelanggan kami yang menggemari piza, perkara yang turut diutamakan ialah bagaimana kami berbakti kepada masyarakat dengan cara yang bermakna. Hari ini, kami berkumpul untuk menghargai hero-hero di sebalik tabir. Kita melihat dedikasi mereka, ketabahan mereka, dan pengorbanan yang mereka lakukan setiap hari.
Mereka merupakan nadi komuniti kita, menghubungkan pelanggan dengan sajian mereka. Walaupun bagi mereka, ianya merupakan tugasan biasa sahaja, tetapi usaha meraka amat bermakna. Penghargaan ini bukan sahaja buat pasukan penghantaran Domino’s, ianya juga buat kesemua individu berdedikasi dari syarikat penghantaran yang berusaha keras memberikan pengalaman penghantaran yang luar biasa. Mereka merupakan talian hayat yang menhubungkan sesama komuniti dan kami amat menghargai usaha keras mereka. Menerusi majlis ini merupakan cara kami mengakui kepentingan peranan mereka dan meraikan ‘Golden Moments’ bersama-sama.”
“Domino’s membawakan detik-detik keemasan dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM20,000 sebagai tanda penghargaan. Kami berharap ganjaran ini dapat membawa senyuman dan keceriaan kepada wajah hero-hero kita yang bertungkus lumus setiap hari. Kepada semua hero penghantaran teruskan berbakti dengan bangga, dan ketahuilah bahawa anda mendapat penghormatan dan kekaguman mendalam daripada kami atas peranan tidak ternilai yang anda sumbangkan dalam kehidupan kami.” Linda menambah.
Hayasi Muhammad, 37, seorang penghantar GrabFood dengan pengalaman lebih tujuh tahun, berkongsi kesyukurannya: “Usaha Domino’s untuk meraikan Hero Penghantaran di sebalik tabir amat bermakna buat saya. Penghantar seperti saya selalunya bekerja di balik tabir dan ianya rasa luar biasa apabila kami diiktiraf melalui usaha setiap hari.
Sebagai pemenang hadiah utama mini treasure hunt, Hayasi amat gembira, “Saya tidak pernah bayangkan akan memenangi sebuah motosikal hari ini! Motosikal yang saya guna sekarang khusus untuk kerja, jadi motosikal baru ini sempurna untuk digunakan pada masa lapang bersama keluarga. Hadiah ini merupakan ingatan yang amat bermakna bahawa kerja keras kami sebenarnya penting. Berkongsi “Golden Moments” bersama Domino’s merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan akan saya ingati selalu.”
Shafie Mohd Ali, 45, seorang penghantar ShopeeFood yang berkerja keras, berkongsi detik gembiranya, “Saya amat bersyukur untuk pengiktirafan yang diberikan. Keraian dan pengiktirafan terhadap kerja keras kami ini amat bermakna.”
Beliau menambah, “Peluang untuk menikmati tawaran piza dari Domino’s yang baru amat menggembirakan, membuatkan acara ini lebih isitimewa. Menerima baucar petrol RM300 merupakan usaha murni. Saya tersentuh dengan sokongan yang membuatkan saya rasa dihargai.”
Sukari Iyar, 35, seorang penghantar FoodPanda berkongsi rasa syukurnya, “Saya benar-benar tersentuh kerana Domino’s meluangkan masa untuk mengiktiraf penunggang penghantaran sebagai Hero Penghantaran di sebalik tabir. Ini adalah satu penghargaan yang membuatkan kami berasa dihargai.”
Beliau menambah, “Memenangi e-Dompet Touch ‘n Go sebanyak RM200 merupakan satu rezeki besar yang amat membantu perbelanjaan isi rumah saya. Namun, apa yang membuatkan pegalaman ini amat Istimewa adalah menjadi sebahagian dari pelancaran di mana kami berkongsi kegembiraan menikmati piza Golden Treasure baharu Domino’s bersama rakan-rakan penghantar. Ia adalah detik bermakna yang akan saya kenang selamanya.”
Sakinah, 25, seorang penghantar GrabFood dan ibu tunggal yang cekal kepada anak autistik, berkongsi rasa terima kasihnya, “Saya amat bersyukur kerana diraikan sebagai Hero Penghantar di sebalik tabir. Sebagai seorang wanita dalam kerjaya yang didominasi oleh lelaki, ianya bukan mudah. Terima kasih Domino’s kerana menghargai usaha yang kami lakukan setiap hari.”
Dengan senyuman, beliau menambah, “Memenangi wang tunai RM100 adalah satu rezeki terutamanya sebagai seorang ibu tunggal. Setiap sokongan amat membantu, tidak kira besar atau kecil, ianya mampu mengubah hidup kami.
Golden Treasure Pizza boleh didapati di seluruh negara. Kunjungi cawangan Domino’s atau buat pesanan dalam talian di www.dominos.com.my atau di Aplikasi Domino’s. Sila layari laman web Domino’s untuk maklumat lanjut tentang menu ini dan promosi lain.
Laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/