Terkini | New

Hari Terbuka Tahun Baru Cina Pertama Cikgu Lee Berjaya Diadakan.

Hari Terbuka Tahun Baru Cina Pertama Cikgu Lee Berjaya Diadakan.


Restoran Cikgu Lee di Taman Melawati telah menganjurkan Hari Terbuka Tahun Baru Cina yang pertama, menyatukan masyarakat Melayu dan Cina dalam suasana penuh kegembiraan dan keharmonian budaya.


Para tetamu turut serta dalam aktiviti menulis kaligrafi Cina dan menikmati teh bersama-sama merasai pengalaman pertama yang menarik dan menyeronokkan lebih dekat lagi apabila mempelajari kaligragi Cina tersebut. Selepas itu, semua tetamu bersama-sama menjalankan sesi tradisional “Loh Sang” yang mencipta suasana yang meriah dan penuh keceriaan.



Dalam masa yang sama sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Restoran Cikgu Lee turut mengumumkan promosi khas iaitu :

• Bermula 20 Januari 2025, dapatkan kuih ubi kayu buatan sendiri pada harga RM9.90 sebalang.

• Pada 29 Januari 2025, dengan setiap perbelanjaan RM50, anda akan menerima mini Loh Sang dan 2 biji limau mandarin secara percuma.


Tetamu yang hadir turut menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh restoran seperti Sup Putih Ikan Goreng Premium dan Mi Kari Nyonya Premium menjadi sajian yang sangat disyorkan.

Pelbagai menu menarik Masakan Cina Untuk Semua di Restoran Cikgu Lee yang telah mendapat sijil halal Jakim. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari lamam sosial media mereka.

IG: @restoran_cikgulee
Tiktok: restorancikgulee
Facebook: Restoran Cikgu Lee

Restoran Cikgu Lee
(Masakan Cina Untuk Semua)
𝐃𝐢𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐉𝐀𝐊𝐈𝐌
Masakan Cina untuk Semua
Alamat: 328, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Setiap Hari: 8pagi - 10 malam

#CikguLee 
#MasakanCinaUntukSemua #PerpaduanDalamKepelbagaian #TahunBaruCina2025