Ledakan Gastronomi Menerusi Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0
Ledakan Gastronomi Menerusi Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0
Selama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis di antara Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 lalu menjadikan ianya direktori wajib cuba warga kota Kuala Lumpur.
Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas
B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengalaman pengunjung untuk berbuka puasa dengan ledakan gastronomi menerusi seleksi menu dalam suasana eksklusif.
Tema, konsep, menu dan dekorasi Buffet Ramadan 2025- From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menampilkan pelbagai hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri hampir 150 jenis. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signatur adalah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala K ampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus, dan banyak lagi.
Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lengkang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef yang berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mampu menyempurnakan buka puasa pengunjung.
Selain entusias selera, Merindu Savior dan Suri Catering turut berganding bahu dengan Lilit.Pipit yang diterajui oleh Bisron Akhmal, Ketua Pegawai Eksekutif untuk menghasilkan dekorasi yang berteraskan klasik elegan malah berjaya melakukan transformasi Cornerstone IPC Jalan Ampang sebagai ruang dinamik dan kondusif.
Lokasi Strategik untuk pengalaman berbuka yang unik Cornerstone IPC, Jalan Ampang dipilih sebagai lokasi acara kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur memberikan peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengar menikmati juadah tradisional ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gabungan tradisi, rasa, dan kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.
Dengan lebih 100 menu yang tersedia cas yang ditetapkan amat berpatutan sekaligus menjadikan momen buka puasa pengunjung sangat bermakna dan menggembirakan.
Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak RM49.00 kepada pengunjung kanak-kanak yang berusia 6 tahun hingga 12 tahun manakala warga emas dengan cas bernilai RM69.00.
Sementara itu Merindu Savior dan Suri Catering melancarkan harga promosi sebanyak RM103.90 di mana cas berkenaan ditawarkan kepada pengunjung yang mem buat tempahan sebelum 28 Februari 2025. Namun begitu tempahan selepas 3 Mac 2025 setiap pengunjung akan dikenakan cas sebanyak RM129.90