MiCasa All Suite Hotel Bufet Ramadan Preview Dengan Citarasa dan Tradisi Ramadan, bertemakan "Icip Icip Desa
MiCasa All Suite Hotel Bufet Ramadan Preview Dengan Citarasa dan Tradisi Ramadan, bertemakan "Icip Icip Desa
Raikan bulan suci Ramadan bakal tiba nanti bersama di MiCasa All Suite Hotel, menjemput anda untuk menikmati hidangan makan malam untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan. Rasai semangat bulan yang diberkati ini dengan bufet yang meriah menampilkan citarasa dan tradisi Ramadan, bertemakan "Icip Icip Desa," yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.
Antara Buffet Makan Malam termasuklah resepi Asli dari Utara dan Selatan Tanah Air: Nikmati pelbagai hidangan tradisional, menampilkan hidangan klasik yang menyelerakan seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel & Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Chef hanya menggunakan bahan-bahan terbaik untuk membawa citarasa keistimewaan tempatan kepada anda.
Nikmati pilihan sup dan salad segar yang disediakan untuk berbuka puasa, termasuk Sup Ekor, Lautan Seafood (kembali atas permintaan ramai), Kambing Panggang dan pelbagai jenis sos yang menyelerakan.
Tiada makan malam yang lengkap tanpa pencuci mulut. Pilih dari pelbagai jenis kuih tradisional Melayu, 10 jenis Jeruk, Pengat Pisang dan Nangka, ABC & cendol, yang sempurna dilengkapi dengan pilihan buah segar, teh tarik, kopi, dan pelbagai pilihan minuman dalam balang.
Menyediakan live station di mana chef akan memasak hidangan di hadapan anda. Ini bukan sahaja memastikan hidangan disajikan segar dan penuh dengan rasa, tetapi juga memberi pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk makan malam anda. Anda dapat melihat sendiri bagaimana hidangan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi.
MiCasa All Suite Hotel komited untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan selesa. Ruang makan kami yang luas sesuai untuk keluarga dan kumpulan, memudahkan anda berkongsi keberkatan makan malam dengan yang tersayang.
Tarikh: Mulai 7hb – 23hb Mac 2025
Masa: 6:30 petang – 10:00 malam
Harga: RM139 bersih bagi setiap dewasa, RM95 bersih bagi setiap warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Harga Awal: 10hb Januari – 28hb Februari 2025: RM109 bersih bagi setiap dewasa, RM95 bersih bagi setiap warga emas (60 tahun ke atas) dan setiap kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Tempahan berkumpulan, perjumpaan besar dan pembelian voucer boleh berhubung dengan Jabatan Jualan di 03-2179 8181 atau email ke infokul@micasahotel.com.
Tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi antara tetamu dan tempahan awal sangat digalakkan. Kadar tetap tempat letak kereta RM5 bersih bagi setiap kemasukan dan kemudahan surau tersedia. Tempah meja anda hari ini dan sertai untuk malam penuh kegembiraan sepanjang bulan istimewa ini.
Maklumat Tempahan:
Sila hubungi talian umum hotel di +603 2179 8000 Ext: 7088 atau WhatsApp ke Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 atau email ke fnbkul@micasahotel.com
Shiso Dining
MiCasa All Suite Kuala Lumpur
368B Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur