Terkini | New

MYDIN LANCAR KONGSI MERIAH SEMARAKKAN SEMANGAT PERPADUAN

MYDIN LANCAR KONGSI MERIAH SEMARAKKAN SEMANGAT PERPADUAN


Sempena menjelangnya Sambutan Hari Raya Tahun Baharu Cina, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan Kempen Kongsi Meriah bagi menawarkan promosi penjimatan,
peraduan menarik dan pelbagai aktiviti menyeronokkan sepanjang kempen berlangsung.



Kempen yang berlangsung meriah tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng Mei Sze di MYDIN Subang Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan Seng Fatt.

Antara peraduan menarik sempena kempen ini, 28 pelanggan bertuah hanya perlu berbelanja serendah RM118 di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang memenangi persembahan tarian singa secara percuma. Selain itu, pemegang kad MERIAH juga akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha's and Sensodyne,




Signifikan dengan tahun ular, MYDIN dengan kolaborasi The Star turut menampilkan permainan yang cukup menarik dan kreatif iaitu ' Snake Board Game' di mana peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan dan pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards. Selain itu juga, 10 pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan permainan tersebut dan akan memenangi 'Supermarket Sweep' bernilai sehingga RM8,880.

Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay untuk pertama kali akan menerima kredit sebanyak RM8. Selain itu, pengguna MYDINPay sedia ada yang berbelanja minimum RM80 akan menerima pulangan tunai bernilai RM8.


Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin "MYDIN amat mengutamakan nilai perpaduan dalam perniagaan, justeru itu, kempen yang dijalankan ini bertepatan dengan matlamat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan kaum di negara ini".

Prihatin terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor turut menyumbang bantuan kotak makanan dan baucar tunai kepada 500 penerima golongan B40 berbangsa Cina.

Salam



Kempen Kongsi Meriah 2025 berlangsung dari 1 Januari sehingga 12 Februari 2025. Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di
www.mydin.my