Watsons Memperkenalkan happybeautifulyear 2025 Dengan Sambutan Meriah Muzik Dan Tarian
Watsons Memperkenalkan hasgtag happybeautifulyear 2025 Dengan Sambutan Meriah Muzik Dan Tarian
• Kempen Terbaharu Watsons Menampilkan Video Muzik Sim Leng Gor Leng Nin #HappyBeautifulYear2025 dengan Lagu dan Tarian Asli.
• Ahli Watsons Club Berpeluang Memenangi Wang Tunai Setiap Hari dan Hadiah Berjumlah RM1,888,888!
• Ganjaran dan Diskaun Eksklusif: Jimat untuk Produk Kecantikan, Kesihatan, Penjagaan Diri dan Gaya Hidup.
Kemeriahan Tahun Baru Cina semakin dirasai apabila Watsons Malaysia melancarkan kempen #HappyBeautifulYear2025 dengan pendekatan yang segar dan dinamik. Tahun ini, Watsons mempersembahkan video Watsons #HappyBeautifulYear2025 Sim Leng Gor Leng Nin, sebuah produksi asli yang bertujuan untuk menginspirasi kesatuan, semangat positif, dan keceriaan perayaan melalui muzik dan tarian yang memikat.
“Sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin mencipta pengalaman yang unik dan bermakna untuk semua. Video ini adalah jemputan ikhlas untuk meraikan tahun baharu dengan hati yang terbuka, semangat tanpa batas, dan rasa kesatuan dalam komuniti kita,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group.
Video ini menampilkan Duta Watsons, Phei Yong bersama selebriti terkenal seperti Amber Chia, Keluarga Kuan terdiri daripada Perry Kuan, Mskuan dan Jestinna Kuan, serta Danny Lee. Ia memaparkan saat-saat penuh warna yang mencerminkan komitmen Watsons untuk menyambut permulaan baru, menyebarkan kegembiraan, menyerlahkan gaya unik anda, dan mempromosikan kelestarian.
Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa muzik, dan kami memperkenalkan tarian serta lagu istimewa untuk mendekatkan pelanggan kami, menggalakkan semua peringkat umur untuk menyanyi dan menari bersama. Watsons bersemangat untuk mempromosikan misi kami, Look Good, Do Good, Feel Great, dan memberi inspirasi kepada semua bagi meraikan kegembiraan bersama orang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini.
Bintang terkenal Hong Kong Wayne Lai turut menghadiri acara itu sebagai tetamu kejutan, yang menggembirakan orang ramai semasa Pelancaran Kebangsaan Watsons #HappyBeautifulYear 2025. Saksikan video ini di akaun rasmi Watsons Malaysia di Facebook, YouTube, Instagram, dan TikTok.
Caryn menambah, “Sempena musim perayaan ini, Watsons Malaysia turut menerajui usaha memberi kembali kepada komuniti. Tahun ini, kami bekerjasama dengan DeafBeat untuk menyokong usaha luar biasa mereka dalam komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. DeafBeat adalah kumpulan pemuzik OKU Pendengaran yang menggunakan seni dan muzik untuk mengetengahkan bakat mereka yang luar biasa dan menginspirasi orang lain. Sumbangan kami termasuk membaik pulih peralatan dan menyediakan keperluan asas untuk persembahan mereka.”
Selain itu, Watsons juga menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan menyediakan barang keperluan dan keceriaan perayaan. Usaha ini mencerminkan komitmen Watsons untuk memberi impak positif dan menyebarkan semangat perayaan kepada semua.
Sempena #HappyBeautifulYear2025, Watsons turut menawarkan promosi khas, produk eksklusif dan tawaran hebat untuk semua ahli dan pelanggan.
“Sebagai sebahagian daripada sambutan #HappyBeautifulYear2025, Watsons buat pertama kalinya menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih serta pertandingan eksklusif untuk ahli Watsons Club. Ahli berpeluang memenangi wang tunai harian sebanyak RM8,888 dan hadiah bernilai sehingga RM1,888,888! Untuk menyertai, ahli hanya perlu berbelanja minimum RM80 dengan mana-mana kad Visa, sama ada di kedai atau dalam talian sehingga 31 Januari 2025,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.
Selain itu, Watsons menawarkan pelbagai hadiah percuma eksklusif untuk ahli sempena kempen ini. Hadiah tersebut termasuk pek angpao rekaan eksklusif, Happy Beautiful Bag, dan periuk casserol Dessini Non-Stick (20cm) secara PERCUMA. Happy Beautiful Bag yang direka khas ini menyerlahkan kelestarian, boleh diguna semula, dan tahan lama.
Tambahan pula, nikmati potongan segera RM18 untuk pembelian produk kosmetik, mandian, penjagaan mulut, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan suplemen kesihatan dengan pembelian minimum. Jangan lupa, nikmati diskaun sehingga 50% untuk produk Bountiful Lifestyle terpilih menerusi tawaran Purchase with Purchase (PWP) seperti alat kecantikan, koleksi eksklusif Unik, set karaoke mudah alih, dan banyak lagi.
“Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada video muzik Sim Leng Gor Leng Nin untuk Watsons #HappyBeautifulYear2025! Sebagai Duta Watsons selama dua tahun, video tahun ini penuh dengan keseronokan, tenaga, dan momen bermakna yang menggambarkan semangat perayaan dengan melodi dan gerakan tarian yang mengasyikkan,” kata Phei Yong, Duta Watsons.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #HappyBeautifulYear2025 Watsons Malaysia, kunjungi kedai Watsons berhampiran atau layari www.watsons.com.my. Syarat dan terma terpakai.