Antara Puisi dan Rautmu - Luahan Jiwa Anak Seni yang Tulus Dari Arish Mikael
Antara Puisi dan Rautmu - Luahan Jiwa Anak Seni yang Tulus Dari Arish Mikael
Setelah single pertamanya, Nukilanmu, dilancarkan dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan, kini Arish Mikael, seorang pemuzik dan anak seni kelahiran Johor melangkah ke hadapan dengan single terbarunya, Antara Puisi dan Rautmu. Lagu terbitan Luncai Emas ini membawa pendengar menyelami keindahan cinta, kejujuran seorang seniman, dan emosi yang tercipta dari pengalaman hidup nyata.
Berasal dari keluarga sederhana dengan kecintaan terhadap muzik dan seni, Arish
memulakan perjalanan muziknya sejak kecil. Dipengaruhi oleh ikon seperti P. Ramlee, Mamat Khalid, dan kumpulan rock lagenda Search, Arish mula bereksperimen dengan muzik, menjadikan drum sebagai alat muzik pertamanya. Hari ini, dia meneroka dimensi baru dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan pencipta lagu.
Menurut Arish, Antara Puisi dan Rautmu adalah lagu cinta yang merangkumi perasaan seorang seniman yang jatuh cinta. " 'Puisi dalam lagu ini menjadi simbolik jiwa seni yang terinspirasi oleh keindahan, dan 'Raut pula bukan hanya tentang paras rupa." katanya enggan untuk terlalu mendaiami interpretasi, membiarkan pendengar menyelami maksudnya sendiri.
Dicipta sejak zaman persekolahan, lagu ini pertama kali direkod secara DlY dan.dilancarkan sebagai demo di YouTube. Versi studio terkini membawa nafas baru dengan bantuan Hidayat Pitahati sebagai penerbit utama, dibantu oleh lzzat Ramayan, dan Faliq Mohd sebagai jurutera bunyi.
"Bekerja dengan ahli-ahli muzik yang profesional membuka mata saya. Banyak input yang saya dapat, dan ia mengajar saya untuk lebih terbuka, jelas Arish. Menggambarkan pendekatan mereka sebagai "pop dengan semangat rock n roll," Arish berkongsi bahawa perjalanan daripada demo asal kepada produksi komersial menghidupkan kembali lagu ini dengan dimensi bunyi yang lebih matang dan menarik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixwE5XnHmJAegN1jq4jcvafVjKiCpg2eFIRnkX6PwDMjHhOqNS-L26y32dm26N-AlpFNk9QEUSY3LlVWmqht43rFVyqN14RGC5HbpyVUTYG3tg6rJxPQQeLOSDGp2vzLKaoaiYov4tkpEhcJOV5pqd53MBv2zEPmTQUSc2qb_UpAeJgm_guf7IXm16D7g/w640-h360/1000012801.jpg)
Walaupun tidak mempunyai ekspektasi berlebihan, Arish berharap Antara Puisi dan
Rautmu dapat diterima ramai dengan positif. "Saya pilih untuk menerima apa sahaja reaksi orang ramai. Harapan saya, lagu ini memberi semangat kepada diri saya dan semua yang mendengar untuk terus berjuang dalam seni dan muzik," katanya.
Dengan Antara Puisi dan Rautmu, Arish Mikael tidak hanya mempersembahkan sebuah lagu tetapi juga sebahagian daripada jiwanya, menjadikan karya ini relevan untuk generasi masa kini yang menghargai kejujuran dan kedalaman seni. Single ini akan dilancarkan di semua platform digital pada 21 Februari 2025, lengkap dengan visualizer yang akan dilancarkan di YouTube