Terkini | New

FUJIFILM Melancarkan Kamera Hibrid Instan ‘instax WIDE Evo™’

FUJIFILM Melancarkan Kamera Hibrid Instan ‘instax WIDE Evo™’

Model premium direka untuk menjadikan setiap tangkapan karya seni dengan pelbagai kesan yang menarik  serta memperkenalkan filem format WIDE baharu ‘Brushed Metallics’ dengan tekstur seakan logam dan reka bentuk mewah.


FUJIFILM Malaysia (Pengarah Urusan: Kensuke Aragane) mengumumkan pelancaran kamera hibrid instan premium, ‘instax WIDE Evo™’ (WIDE Evo) secara rasmi pada 12 Februari 2025 di Malaysia. 

Bagi meraikan pelancaran ini, promosi pembelian awal akan berlangsung sementara stok masih ada bermula 12 Februari. Dalam tempoh promosi, setiap pembelian WIDE Evo akan menerima sarung kamera premium dan kad MicroSD Sandisk 16GB secara percuma. Pembelian boleh dibuat melalui kedai dalam talian rasmi Fujifilm serta pengedar sah terpilih dalam talian dan luar talian.


Aragane dengan penuh keterujaan berkongsi bahawa, “‘WIDE Evo’, yang menjejaki kejayaan global ‘instax mini Evo™’, menyokong filem format WIDE bersaiz dua kali ganda kad standard. Kamera ini membolehkan pengguna mengambil gambar dengan melihat skrin LCD di bahagian belakang kamera dan memilih gambar kegemaran untuk dicetak. 

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pencetak telefon pintar.” Kamera ini menawarkan sepuluh kesan lensa termasuk ‘Magenta’ dan ‘Monochrome’ serta sepuluh kesan filem seperti ‘Light Leak’ dan ‘Color Gradient’. Dua jenis kesan ini boleh digabungkan secara bebas untuk mencipta ‘100 Kesan Penggambaran’. Buat pertama kalinya dalam siri instax™, kesan lensa juga dilengkapi dengan fungsi ‘degree control’, membolehkan pengguna melaras keamatan cahaya dan gradasi warna dalam 100 tahap, menghasilkan ekspresi gambar yang lebih terperinci dan tepat.Selain itu, ciri ‘Film Style’, yang membingkai foto untuk cetakan instax™ yang lebih menarik, serta ‘Wide Angle Mode’, yang membolehkan tangkapan lebih dinamik dengan sudut lebih lebar, menambah daya tarikan format filem WIDE. 


Gabungan ‘100 Kesan Penggambaran’, ‘Degree Control’, ‘Film Style’, dan ‘Wide Angle Mode’ menghasilkan 100,000 keupayaan ekspresi, menjadikan setiap tangkapan gambar sebagai sebuah karya seni. “Kamera ini direka dengan gabungan warna hitam yang elegan dan bahan logam berkualiti tinggi. Pengguna boleh merasai pengalaman mengambil gambar dalam format WIDE dengan kawalan analog, seperti memilih kesan menggunakan pelbagai dail dan mencetak gambar dengan memutar ‘Print Crank’ secara manual,” tambah Aragane. Bersempena dengan pelancaran ‘WIDE Evo’, Fujifilm turut memperkenalkan filem format WIDE baharu ‘BRUSHED METALLICS’ yang menampilkan gradasi unik dan tekstur seakan logam.

Ciri-ciri utama “instax WIDE Evo™”(1) Reka Bentuk Klasik dan Operasi AnalogBadan kamera ini direka dengan kemasan mewah yang menggabungkan warna hitam dengan bahan logam berkualiti tinggi. Ia direka bagi memberikan pengalaman kawalan analog seperti dail filem, dail lensa, dail kawalan tahap, dan tuas cetakan ‘Print Crank’. Pengguna boleh menikmati pengalaman mencetak gambar format WIDE dengan mengendalikan fungsi analog ini.
WIDE Evo’ menawarkan pelbagai ekspresi fotografi dengan kombinasi sepuluh kesan filem, sepuluh kesan lensa, Degree Control, enam Film Styles, dan Wide Angle Mode. Tagline promosi, ‘Jadikan setiap tangkapan gambar sebuah karya seni’, menggambarkan harapan kami agar pengguna dapat menemui karya terbaik mereka melalui pelbagai kemungkinan fotografi. Tagline ini akan digunakan dalam promosi dalam talian, media sosial, serta di kedai bagi menarik minat lebih ramai pengguna. 

Mengenai jenama instax™Sejak diperkenalkan pada tahun 1998, siri kamera instax™ telah berkembang sejajar dengan trend dan teknologi semasa. Ia kini merangkumi bukan sahaja kamera instan analog, tetapi juga kamera instan hibrid dengan teknologi digital, pencetak telefon pintar, dan kamera digital bersaiz kecil. instax™ terus menawarkan pelbagai cara menarik untuk menikmati fotografi dan kini digunakan di lebih 100 negara.