GV Ride Lancar Kempen Free Ride Di Subang, Petaling Jaya Dan Kajang
GV Ride Lancar Kempen Free Ride Di Subang, Petaling Jaya Dan Kajang

Penyedia perkhidmatan e-hailing GV Ride hari ini melancarkan Kempen Free Ride Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya Dan Kajang yang menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna di tiga (3) kawasan utama bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2025.
GV Ride, yang dimiliki oleh GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV), merupakan antara syarikat ehailing yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan GV Ride kepada rakyat Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand berkata, promosi ini bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan yang mulia.
"Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati perkhidmatan e-hailing yang lebih berpatutan serta fleksibel," katanya pada majlis pelancaran yang berlangsung di LG1 Oasis Foyer, Sunway Pyramid, hari ini.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor, Ng Zhe Han.
Butiran Kempen:
● Tempoh promosi: 1 Mac 2025 - 31 Mac 2025
● Perjalanan adalah percuma jika titik pengambilan berada dalam Subang, Petaling Jaya atau Kajang.
● Setiap penumpang terhad kepada satu perjalanan percuma setiap hari, sehingga had habis digunakan.
● Had tambang bagi setiap perjalanan adalah RM30 termasuk tol. Jika jumlah tambang melebihi RM30, penumpang perlu membayar baki.
● Promosi ini mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000. Setelah jumlah ini digunakan sepenuhnya, promosi akan tamat.


Menurut Kabeer, kempen ini bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos tetapi juga memperkenalkan GV Ride sebagai alternatif e-hailing yang lebih berpatutan.
"Dengan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai, dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna, GV Ride berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan telus kepada semua," tambahnya.


Pemandu yang berminat untuk menyertai GV Ride boleh mendaftar melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Playstore. Khidmat pelanggan GV Ride juga tersedia 24/7 melalui Autobot dan ejen perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.