Terkini | New

Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda

Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda


Perfume Paradise dengan kerjasama personaliti media sosial terkenal, Abam Panda, telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertajuk “Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda” sebagai usaha memberi kembali kepada masyarakat. 

Program berlangsung di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang, dengan perancangan untuk diperluaskan ke lebih banyak PPR di masa hadapan. Program ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat dengan pengagihan ayam secara percuma kepada penduduk PPR, berdasarkan konsep first come, first serve tanpa mengira latar belakang.



Inspirasi Dan Peranan Perfume Paradise dan Abam Panda Menurut pengasas Perfume Paradise, kejayaan syarikat dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk mereka melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan. 

“Dengan pencapaian memberangsangkan yang kami capai, ini adalah masa terbaik untuk kami berkongsi rezeki dengan masyarakat,” kata nya Kolaborasi bersama Abam Panda pula hadir setelah menyedari bahawa beliau adalah ikon kepada ramai ketua keluarga yang berusaha keras demi mengubah kehidupan mereka. Dengan kerjasama ini, kedua dua pihak berharap dapat membentuk menyokong golongan yang memerlukan. 



Hubungan lebih erat dengan masyarakat dan terus Abam Panda bukan sahaja menjadi wajah utama program ini, malah beliau juga akan turut serta dalam pengagihan sumbangan di lokasi. Selain itu, beliau juga dalam perancangan bersama Perfume Paradise bagi inisiatif CSR yang akan datang. 

Objektif & Harapan untuk terus Perfume Paradise sebelum ini telah terlibat dalam beberapa program CSR, termasuk menerusi program “Kongsi Kasih” terbitan Astro. Dengan pelancaran program Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda, syarikat berharap dapat bukan sahaja membantu komuniti tetapi juga meningkatkan kesedaran jenama di seluruh Malaysia.



Sebagai langkah jangka panjang, Perfume Paradise bercadang untuk menjadikan inisiatif CSR ini buka n sekadar acara tahunan, tetapi sesuatu yang boleh diadakan secara berkala mingguan atau bulanan bergantung kepada keputusan pengurusan. 

Dengan permulaan yang positif ini, Perfume Paradise berharap agar program “Kongsi Rezeki” dapat terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk bersama membantu masyarakat yang memerlukan.