Nikmati Bufet Ramadan 2025 Istimewa Dengan Sentuhan Air Tangan Bonda, Chef Kak Yam Di Ancasa Hotel Kuala Lumpur
Nikmati Bufet Ramadan 2025 Istimewa Dengan Sentuhan Air Tangan Bonda, Chef Kak Yam Di Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah, AnCasa Hotel Kuala Lumpur menawarkan satu pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan Bufet Ramadan yang menyajikan lebih daripada 200 jenis juadah istimewa. Setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan keaslian air tangan bonda pasti menggamit kenangan nostalgia bersama keluarga tersayang.


Pada tahun ini, gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel Kuala Lumpur dibawakan khas sempena Ramadan untuk mengembalikan sajian Air Tangan Bonda yang pasti akan membawa kelainan dan keunikan rasa memikat hati setiap pengunjung. Chef Kak Yam merupakan chef legenda di AnCasa suatu ketika dahulu. Beliau yang terkenal dengan kemahirannya dalam menyediakan hidangan masakan Melayu asli, telah menggabungkan resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun, memberi pengalaman berbuka yang autentik dan menyentuh jiwa.


Dengan gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel Kuala Lumpur pasti akan memberikan satu rasa yang mengagumkan. Setiap hidangan yang dihidangkan adalah hasil seni masakan yang menyatukan rasa, aroma, dan kenangan masa lalu.

Antara hidangan air tangan bonda yang pasti menggugah selera dalam bufet Ramadan kami adalah AnCasa Briyani, yang kaya dengan rempah dan aroma yang memikat. Dipadankan dengan Kambing Gulai Kawah serta Daging Kandar yang lembut dan penuh rasa, menjanjikan pengalaman rasa yang tidak terlupakan. Ayam Kuzi yang empuk pula pasti menyempurnakan sajian dengan rempahnya yang kaya dan menyegarkan.


Tidak ketinggalan, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak yang memikat dengan rasa tempoyak berkrim, dipadankan dengan keasaman yang menyegarkan. Udang Goreng Kunyit yang rangup dan berperisa turut menjadi pilihan sempurna untuk melengkapkan hidangan ini. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati Jantung Pisang Lemak Cili Padi yang kaya dengan rasa santan, serta Acar Rampai yang segar, menjadikan hidangan ini semakin lengkap dan memuaskan.
Sup Gearbox Kambing yang kaya dengan rasa rempah turut disajikan, bersama hidangan istimewa lain seperti Apam Balik AnCasa, Sotong Kangkung, Pasembor, Aneka Kerabu, Aneka Laksa, pelbagai jenis Sambal Tradisi, dan Aneka Sushi yang pasti memenuhi citarasa setiap pengunjung.
Sebagai penutup, nikmati pelbagai pencuci mulut yang menggugah selera, antaranya Kuih Muih Tradisional, Agar-Agar, Puding, Kek, dan Pancuran Coklat. Sajian-sajian ini pasti akan memanjakan selera setiap pengunjung serta memberikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan keunikan rasa dan tradisi.

Bukan sahaja menawarkan hidangan yang hebat, AnCasa Hotel Kuala Lumpur juga menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk seluruh keluarga. Bufet Ramadan ini hanya berharga RM98 untuk dewasa, RM78 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM58 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Baucer tempahan awal boleh didapatkan dengan harga RM88 sebelum 21 Februari 2025. Tempahan boleh dilakukan dengan mudah melalui talian 03 2026 6060 samb. 7703 atau 011 3179 4121.
Instagram : @ancasahotels_resorts
Tiktok : @ancasahotelsresorts