Pengalaman “Sajian Serantau” Kapitan Café Menyemarakkan Selera Tetamu dengan Pelbagai Rasa Tradisional SGSKL Sempena Ramadan Bufet 2025
Pengalaman “Sajian Serantau” Kapitan Café Menyemarakkan Selera Tetamu dengan Pelbagai Rasa Tradisional SGSKL Sempena Ramadan Bufet 2025

Santa Grand Signature Kuala Lumpur (SGSKL) menawarkan Sajian istimewa. Gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa menjadi keunikan yang ditonjolkan dalam setiap masakan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.
Di SGSKL, ini adalah waktu yang terbaik untuk keluarga dan sahabat berkumpul dalam menyambut bulan yang mulia. Bagi membangkitkan kehangatan rasa masakan dari rumah, dan juga menghormati tradisi makanan dari seluruh pelusuk negara, sajian-sajian yang disediakan dari pihak hotel disediakan dengan sempurna.



Pengurus Besar SGSKL, Encik Yeow Hock Siew, juga menyampaikan keterujaan beliau dalam mengalu-alukan kedatangan tetamu supaya tetamu dapat menikmati pengalaman dan peluang merasai juadah tradisi dalam bulan yang istimewa ini.
Chef Mohamad Jailani Mehat merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hidangan yang disajikan memenuhi konsep citarasa “Sajian Serantau” dan juga bahan-bahan yang digunakan berkualiti. Memetik kata-kata dari Chef Jailani, “Makanan yang disediakan pada malam ini adalah sebaik kerja berpasukan. Kami berharap tetamu kami akan meninggalkan bufet ini dengan hati yang penuh kepuasan.”



Tarikan keistimewaan sajian kali ini sudah sementinya tertumpu pada hidangan utama iaitu Kari Ikan Tanjung Dawai, Nasi Arab Kambing Bakar, Sup Kambing Dang Wangi, Asam Laksa Nyonya Peranakan, dan lebih 200 jenis aneka hidangan lain yang pelbagai.
Setiap hidangan diperkaya dengan rempah ratus terbaik, mencipta ledakan rasa dalam setiap suapan. Mulakan santapan dengan Air Asam Boi Limau Kasturi atau Sirap Bandung Soda, serta pelbagai salad segar dan pembuka selera yang menawarkan keseimbangan rasa serta pengalaman yang menyenangkan. Kapitan Café yang terletak di tingkat 3 SGSKL bukan sahaja tempat untuk menjamu selera, tapi ianya sangat sesuai untuk berkumpul dalam suasana santai.



“Sajian Serantau" yang dipersembahkan di SGSKL boleh dinikmati dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025. Membuat tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan tempahan penuh pada saat-saat akhir. Untuk maklumat lanjut dalam membuat tempahan, sila hubungi talian tempahan di: +603 2027 1969 ext. 305 atau WhatsApp +6019 339 9524 (Isnin - Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang). Kami menantikan kehadiran anda.
Tawaran Bufet Sajian Serantau:
● Super Early Bird: RM78 net/seorang
● Early Bird: RM88 net/seorang
● Harga Normal: RM118 net/seorang
● Warga Emas & Kanak-kanak: RM60 net/seorang .
Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Alamat: No.36 Menara Santa,Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Malaysia
Phone (+603) 2027 1969 Fax (+603) 2027 1979E-mail info@santagrandhotels.com.my
Laman Rasmi: santagrandhotels.com.my
Facebook: Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Instagram: @santagrandsignature
TikTok: @santagrandsignature
#SajianSerantau #SantaGrandSignatureKL #TasteOfMalaysia #peranakanbuffetdinner #KualaLumpurEat #KapitanCafe