Perasmian Kolanorasi Fipper x Bayu Somerset Gabungan Selesa Dan Reka Bentuk Unik.
Perasmian Kolanorasi Fipper x Bayu Somerset Gabungan Selesa Dan Reka Bentuk Unik.

Fipper, jenama yang terkenal dengan selipar getah ikoniknya, kini mengumumkan kolaborasi ismewa dengan Bayu Somerset, label fesyen tempatan yang dikenali dengan rekaan berani dan komitmen tinggi terhadap keselesaan. Gabungan dua jenama Malaysia ini bukan sahaja menitikkberatkan kualiti dan gaya, malah menawarkan koleksi kasut yang mengutamakan keselesaan dalam setiap langkah.

Fipper dan Bayu Somerset menggabungkan inovasi dan kreatif dalam setiap inci produk mereka, sebagai usaha mengangkat jenama tempatan ke peringkat global. Kolaborasi ini tudak hanya menghasilkan koleksi kasut baru, malah menyuntik elemen revolusioner ke dalam rekaan harian. Salah satu ciri utama adalah bentuk sole baru yang unik.

Reka bentuk ini direka untuk menawarkan keselesaan maksimum dengan sokongan ergonomik yang hebat, menjadikannya sesuai untuk keperluan seharian, termasuk perjalanan ‘balik kampung’ dan perjumpaan keluarga. Keunikan sole ini mencerminkan komitmen Fipper terhadap inovasi melalui penggunaan teknologi terkini dalam pembuatan kasut.


Di samping itu, koleksi printed pertama Fipper merupakan manifestasi kreatig dalam bentuk seni. Corak bercetak yang dihasilkan bukan sahaja menonjolkan idea tempatan melalui warna dan moftif yang kaya, tetapi juga mencipta pengalaman visual yang baru dalam dunia kasut. Gabungan sole inovaf dan rekaan bercetak ini membuktikan bagaimana kedua-dua jenama berjaya menyelaraskan elemen fungsi dan estatik, sekaligus membawa produk yang penuh gaya ke pasaran global.


Walaupun musim Raya sering dikaitkan dengan pakaian tradisional seperi baju kurung, keperluan untuk kasut harian terutamanya bagi mereka yang melakukan ‘balik kampung’ atau menghadiri perjumpaan keluarga selalunya kurang diberi perhatian. Menyedari perkara ini, Fipper dan Bayu Somerset mempersembahkan koleksi khas yang menggabungkan keselesaan maksimum dengan rekaan yang penuh warna, dalam memastikan pemakainya selesa dalam masa yang sama kelihatan “presentable” dalam mengunjungi rumah sanak saudara.


Ciri-ciri Koleksi Eksklusif Ini:
• Rekaan Penuh Warna: Corak dan palet warna yang diilhamkan daripada kepelbagaian budaya Malaysia.
• Keselesaan Tanpa Tandingan: Teknologi tapak getah Fipper memaskan setiap langkah anda selesa dan tahan lama.
• Inovasi Reka Bentuk: Koleksi bercetak kali pertama Fipper digabungkan dengan bentuk tapak baru yang meningkatkan penampilan dan keselesaan.
• Edisi Terhad: Koleksi ini hanya di keluarkan sekali sahaja

Dalam majlis pelancaran, Fadila Aziz, Ketua Pemasaran Fipper, menekankan bahawa kerjasama ini lebih daripada sekadar pengeluaran produk baru, ia adalah satu perayaan bakat dan inovasi tempatan.

Sementara itu, Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset, menyatakan bahawa keselesaan adalah teras dalam setiap rekaan mereka, terutamanya ketika Ramadan dan Raya semakin hampir, di mana setiap angkah perlu dirasai dengan keyakinan dan kemudahan.
Maklumat Lanjut & Cara Pembelian Koleksi Fipper x Bayu Somerset tersedia 26 Februari 2025 di seluruh negara serta secara dalam talian di www.fipperslipper.com.my & www.bayusomerset.com.