Terkini | New

Perasmian Pembukaan The Makan Shoppe Bawa Pengalaman Menikmati Makanan Jalanan Ke Restoran

Perasmian Pembukaan The Makan Shoppe Bawa Pengalaman Menikmati Makanan Jalanan Ke Restoran.


Setelah lebih 12 tahun mengukuhkan kedudukan dalam pelbagai skop perniagaan dan seterusnya terlibat dalam industri agro-makanan dan makanan sejuk beku, Arisprop Capital Bhd. melalui Aris Burger Sdn. Bhd. kini melakar sejarah baharu dengan pembukaan cawangan pertama restoran berkonsepkan kopitiam, The Makan Shoppe, bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.




Dengan visi untuk membawa makanan jalanan ke restoran bertaraf tinggi, The Makan Shoppe mengetengahkan konsep “From Street to Restaurant”, membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa.

The Makan Shoppe bukan sekadar restoran biasa. Ia adalah simbol keunikan dan warisan makanan Malaysia. Dengan tagline 'Malaysia Street Food and More! Come LAH!', restoran ini menawarkan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan melalui menu istimewanya.



Antaranya Nasi Lemak Bungkus Pattaya gabungan sempurna rasa lemak santan, beras Basmathi dan sambal pedas yang membangkitkan nostalgia..Burger ala gerai jalanan, dihasilkan menggunakan daging berkualiti dengan kandungan peratusan daging yang lebih tinggi, dilengkapkan dengan sos Umami resepi tersendiri yang eksklusif dan yang pastinya adalah HALAL

Bandung Dynamte pula adalah minuman ikonik dengan gabungan rasa manis dan menyegarkan, menjadikan ia pilihan kegemaran pelanggan selain pelbagai hidangan lain yang direka untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung, dari kanak-kanak hingga dewasa.




Apa yang menjadikan The Makan Shoppe istimewa ialah fokusnya pada membawa pengalaman sebenar makanan jalanan Malaysia ke dalam suasana restoran. Setiap hidangan bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa tetapi juga mempersembahkan makanan dengan gaya yang moden dan menarik.

Selain itu, restoran ini memastikan semua hidangan menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan. Restoran ini turut mempersembahkan elemen budaya dan warisan Malaysia melalui setiap hidangan.




Dengan pendekatan yang menggabungkan citarasa tradisional, inovasi moden, dan layanan mesra, The Makan Shoppe memberikan pengalaman makan yang lebih daripada sekadar menjamu selera – ia adalah perjalanan rasa ke pelbagai penjuru Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Arisprop Capital Bhd, Dato’ Haji Haris Embong mengulas setelah sekian lama terbabit dalam perniagaan dan industri agromakanan serta makanan sejuk beku, sudah tiba masanya untuk melangkah ke arah pembukaan restoran.



Beliau yang juga Pengarah Urusan The Makan Shoppe berkata, objektif pembukaan The Makan Shoppe adalah memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa.

Ia juga mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan keunikan menu yang tidak terdapat di tempat lain selain mengukuhkan jenama sebagai pelopor dalam menyajikan makanan jalanan Malaysia dengan sentuhan inovasi.

"Seiring dengan pembukaan cawangan pertama ini, The Makan Shoppe juga sudah mendapat jemputan untuk membuka cawangan baharu daripada Pasaraya terkemuka di pelbagai lokasi strategik seluruh negara," katanya selepas majlis perasmian The Makan Shoppe di Pusat.Beli-Belah 168 Selayang.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA). Permulaan untuk pengembangan Dato’ Haji Haris Embong berkata, The Makan Shoppe juga dijangka akan membuka beberapa cawangan baharu dalam masa terdekat merangkumi Pasaraya AEON di seluruh Malaysia (AU2 Setiawangsa, Nilai, Melaka, Kota Bharu, Shah Alam), bangunan ibu pejabat MARA, Pasaraya Mydin serta lokasi utama seperti Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan KLCC.




"Dalam tempoh lima tahun akan datang, The Makan Shoppe merancang untuk membuka hampir 100 cawangan di seluruh negara dan bersedia melangkah ke pasaran antarabangsa," katanya.

Sebagai usahawan bimbingan MARA, The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan & Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024.

Anugerah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Arisprop Capital Berhad, termasuk skop perniagaan restoran ini juga dalam proses persediaan untuk disenaraikan di pasaran saham (IPO), sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemain utama dalam.industri makanan dan minuman.

Kepada pencinta makanan Malaysia, jemput hadir ke cawangan pertama The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang untuk menikmati keenakan, keunikan, dan kepelbagaian hidangan jalanan Malaysia dengan sentuhan moden.

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sosiap media The Makan Shoppe di Instagram, Facebook dan Tiktok.