Preview Buffet Ramadan 2025 “Warisan Melayu Golek-Golek Ramadhan” Rebung 2 Putrajaya
Preview Buffet Ramadan 2025 “Warisan Melayu Golek-Golek Ramadhan” Rebung 2 Putrajaya
Pakej Bufet Ramadhan Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya 2025 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 2 Mac hingga 29 April 2025 yang bertemakan “Warisan Melayu Golek-Golek Ramadhan’.
Untuk tema ini, Rebung 2 Putrajaya akan menampilkan 3 jenis hidangan utama iaitu Kambing Golek Rebung, Itik Golek Rebung, dan Ayam Golek Rebung. Setiap jenis hidangan “Golek-Golek” ini, didatangkan dengan Sos Salsa bersama Nasi Istana Basmathi. Disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.


Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga 2 bilik sederhana yang boleh memuatkan sehingga 40 orang untuk setiap bilik. Setiap bilik makan di restoran kami boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang fleksibel. Ia juga boleh diubah menjadi ruang makan eksklusif, sesuai untuk menjamu selera secara peribadi bagi 10 hingga 18 orang. Sempurna untuk majlis keraian istimewa anda.


Disediakan juga bilik mesyuarat yang dilengkapi penuh dengan Sistem Audio-Visual, Rangkaian Internet, Perabot yang selesa, dan kemudahan tambahan seperti Papan Putih, dan Penyaman Udara. Selain itu, studio house untuk program kelas memasak dan rakaman program memasak juga disediakan. Ruang Solat lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.


AKTIVITI RESTORAN SELAIN BULAN RAMADHAN
Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, & Dinner.
Buffet Breakfast : Bermula pada jam 8:30 pagi - 10.30 pagi
Harga : RM 23.50 nett (Dewasa), RM 21.20 nett (Kanak-Kanak) .
Buffet Lunch Bermula pada jam 11:30 pagi - 4:30 petang. 2 sesi
Harga : RM 53 nett (Dewasa), RM 37.10 nett (Kanak-Kanak)
Buffet Dinner : Bermula pada jam 6:30 Petang - 10:00 Malam
Harga : RM 74.20 nett (Dewasa), RM 53.00 nett (Kanak-Kanak)
*** Buffet Lunch ada 2 sesi; sesi 1 (11.30 pg - 2 ptg) dan sesi 2 (2.30 ptg - 4.30 ptg).
BUFET HARI RAYA (PROMOSI BULAN SYAWAL)
Rebung Chef Ismail 2 akan membuat Bufet Hari Raya dimana kami akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.
Promosi ini akan berlangsung bermula pada 6 April 2025(Hari Raya ketujuh) hingga 27 April 2025. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi - 2 petang (sesi 1), jam 3 petang - 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang - 10 malam (sesi 3).
Harga adalah RM 79++ untuk dewasa dan RM 59++ untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun.
* Harga hidangan di Restoran Rebung 2 Chef Ismail mungkin berubah mengikut ketetapan pihak restoran serta terma dan syarat yang ditetapkan. Anda boleh menyemak harga terkini dengan menghubungi pihak restoran secara langsung atau melalui akaun media sosial rasmi mereka.
PERKHIDMATAN KATERING DAN MAJLIS TERTUTUP
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran kami, kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan..

Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Rebung Chef Ismail 2, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 011-6745 3535 untuk maklumat lanjut. Untuk tempahan katering, anda boleh menghubungi wakil katering kami:
Cik Jannah: 014-508 2996.
HARGA BUFET RAMADHAN 2025
EARLY BIRD: (22/1/2025 - 28/2/2025)
Dewasa : RM99.00 nett
Kanak-kanak : RM69.00 nett (umur 6-12 tahun)
Warga Emas/OKU : RM59.00 nett
NORMAL PRICE (1/3/2025 - 29/3/2025)
Dewasa: RM109 .00 nett
Kanak-kanak : RM69.00 nett (umur 6-12 tahun)
Warga Emas/OKU : RM69.00 nett
CARA PEMBAYARAN
Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga e-Perolehan (Agensi Kerajaan).
RESTORAN REBUNG 2 CHEF ISMAIL PUTRAJAYA
Taman Seri Empangan, Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200, Putrajaya
Tempahan > +6011 6745 3535
Office : +6011 6743 5355
Emel : rebung.putrajaya@gmail.com
Facebook : Rebung Chef Ismail 2
Instagram : @rebungchefismail2
Tiktok : rebungchefismail2
Waze : Taman Seri Empangan (berhadapan PICC)