Terkini | New

RAIKAN SEMANGAT RAMADAN ‘Pelita Anak Perantau’ di OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

RAIKAN SEMANGAT RAMADAN ‘Pelita Anak Perantau’ di OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR


CapitaLand Investment Limited’s unit bisnes penginapan iaitu The Ascott Limited (Ascott), mengumumkan, Ramadan ini, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur menjemput anda untuk menikmati perjalanan kulinari yang penuh kehangatan dengan ‘Pelita Anak Perantau Jom Berbuka di Oakwood’, bufet Ramadan istimewa yang diilhamkan daripada nostalgia masakan rumah. 



Dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, sertai kami untuk pengalaman iftar yang tidak dapat dilupakan dengan pelbagai hidangan lebih daripada 50 jenis, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang.




Dalam semangat kebersamaan, bufet kami direka untuk membangkitkan kenangan manis makanan buatan sendiri, menawarkan pilihan masakan tradisional Melayu, kegemaran istimewa, dan gerai makanan interaktif. Nikmati hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Sup Gear Box Utara yang kaya dan berperisa, pelbagai pilihan Lok Lok dan Steamboat, serta Briyani yang beraroma yang semuanya disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Chef Nor dari Kelantan.




Menambahkan lagi suasana perayaan, suasana bufet kami diilhamkan oleh Rumah Kampung tradisional dengan gerai makanan berkonsepkan Pondok, mewujudkan suasana ‘balik kampung’ yang autentik dan penuh nostalgia. Ini bukan sekadar pengalaman menjamu selera—ia adalah satu sambutan bulan Ramadan yang penuh makna, di mana rasa dan kebersamaan bergabung dalam satu pengalaman istimewa.





Butiran Bufet:
📅 Tarikh: 5 Mac – 28 Mac 2025
🕡 Masa: 6:30 PM – 10:00 PM
💰 Harga:
RM128+ (Dewasa)
RM98+ (Warga Emas)
RM68+ (Kanak-kanak)
Harga Early Bird: RM98+ (Dewasa) – 
Sah dari 1 Februari hingga 30 Februari 2025


Sebagai bulan untuk refleksi, kesyukuran, dan perpaduan, kami menjemput anda untuk merasai kegembiraan berbuka puasa bersama kami di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Sama ada anda dekat atau jauh dari kampung halaman, ‘Pelita Anak Perantau’ menjanjikan pengalaman berbuka yang membawa kehangatan tradisi ke meja anda.


Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi kami di +6010 9015783 atau lawati laman web kami di https://www.discoverasr.com/en/oakwood/malaysia/oakwood-hotel-residence-kuala-lumpur/dining