Terkini | New

Samsung Galaxy S25 Siri Gegarkan Galaxy Land Dengan Permulaan Teknologi, Kreativiti dan Keseronokan.

Samsung Galaxy S25 Siri Gegarkan Galaxy Land Dengan Permulaan Teknologi, Kreativiti dan Keseronokan.


Malam pertama Galaxy Land melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, di mana para pengunjung menikmati persembahan dan memulakan pengembaraan yang penuh warna dan menarik dengan Samsung Galaxy S25 Series dan Galaxy AI. 


Menampilkan ciri-ciri luar biasa seperti Pemadam Audio, Wajah Terbaik dan Circle to Search dengan Google yang dipertingkatkan, para pengunjung dibawa dalam pengembaraan Galaxy AI dan menyelesaikan misi untuk menebus hadiah istimewa sebagai tanda kenangan. 


Muzik menjadi tarikan utama malam itu dengan persembahan nyanyian daripada DOLLA, Uriah dan The Dukes, menandakan bermulanya acara selama 9 hari ini.




Pemadam Audio secara ajaib menghilangkan bunyi latar belakang yang tidak diingini daripada video anda, manakala Wajah Terbaik memastikan semua orang dalam foto anda kelihatan terbaik. Circle to Search dengan Google yang dipertingkatkan membolehkan anda mencari maklumat tentang apa sahaja pada skrin anda dengan cepat, hanya dengan melingkarinya. 




Galaxy AI pula memudahkan kerja, menghubungkan dengan orang lain dengan cara baharu. Tetapi keseronokan tidak berhenti di situ! Ingin merasai sendiri masa depan teknologi mudah alih? 

Jangan lepaskan peluang ke Galaxy Land! Kunjungi The Raintree Plaza di The Exchange TRX dari jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga 2 Mac 2025, dan temui kuasa luar biasa Siri Samsung Galaxy S25

#GalaxyLand #SamsungS25 #GalaxyAI