smart Malaysia Luaskan Rangkaian ke Seluruh Negara dengan Pembukaan Pengedar Baharu di Kuantan dan Kuching
smart Malaysia Luaskan Rangkaian ke Seluruh Negara dengan Pembukaan Pengedar Baharu di Kuantan dan Kuching

smart Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi dua pengedar baharu di Pantai Timur dan Sabah Sarawak. HK Electra - smart Kuantan di Pahang dan Ghee Hua - smart Kuching di Sarawak menandakan satu lagi pencapaian dalam komitmen smart Malaysia untuk menyediakan akses yang meluas kepada kenderaan elektrik premium. Kedua-dua pengedar ini juga merupakan pengedar bagi Proton e.MAS, sekaligus memperkukuh Malaysia ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV).
"Pengembangan rangkaian kami ke Kuantan dan Kuching mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik premium di Malaysia. smart Malaysia komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses melalui rangkaian pengedar yang diperluas dan pengalaman pelanggan dapat dipertingkatkan," kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.
Dengan jumlah 11 pengedar di seluruh negara, smart Malaysia terus memacu masa depan mobiliti elektrik canggih. Pelancaran HK Electra - smart Kuantan dan Ghee Hua - smart Kuching mengukuhkan lagi komitmennya terhadap penerimaan EV, menawarkan model smart dan Proton e.MAS bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.
HK Electra Sdn Bhd - smart Kuantan: Menerajui Kecemerlangan dalam Industri Automotif
Dengan warisan kecemerlangan sejak 2007, HK Electra - smart Kuantan telah berkembang daripada pengedar Proton 2S kepada pusat 4S pada 2018, terus berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan. Syarikat ini telah meraih pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah No. 1 Diamond Grand (2023 & 2024) serta Anugerah CEO Terbaik. Terletak secara strategik di Indera Mahkota, Kuantan, bertentangan dengan PUSPAKOM, bilik pameran seluas 695m² ini menampilkan empat unit paparan dan enam pengecas EV, termasuk dua pengecas pantas DC 120kW, mengukuhkan peranannya sebagai hab utama bagi pemilik EV di Pantai Timur. HK Electra juga menunjukkan pertumbuhan jualan yang kukuh, meningkat daripada 1,071 unit pada 2021 kepada 1,623 unit pada 2024 bagi kenderaan PROTON.
"Sebagai pemain lama dalam industri automotif, kami berbangga untuk mengembangkan portfolio kami dengan jenama smart dan berada di barisan hadapan revolusi EV di Malaysia. Teknologi inovatif smart serta pendekatan yang berfokus kepada pelanggan selaras dengan visi kami untuk menawarkan pengalaman automotif yang luar biasa. Kami teruja untuk menyambut pelanggan bagi meneroka masa depan mobiliti di smart Kuantan." – Ms. Susan Leong, Pemilik Pengedar HK Electra Sdn Bhd.
Alamat: No 6, Jalan Indera Mahkota,3/1 252000, Kuantan Pahang.
Ghee Hua Co. Sdn Bhd - smart Kuching: Bringing Smart’s Innovation to East Malaysia
Ghee Hua, nama yang dikenali dalam industri automotif Sarawak, kini mengembangkan sayap ke pasaran EV dengan menawarkan kenderaan elektrik Proton dan smart. Langkah ini menyokong usaha Proton dalam segmen EV premium, menggabungkan kejuruteraan Geely dengan reka bentuk Mercedes-Benz untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik. Diiktiraf dengan anugerah berprestij seperti Consumers’ Choice Award (2023 & 2024) dan Top Merchant & Marvelous Award (2023), Ghee Hua mengadaptasi model smart Space & Service Center bagi memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan berfokus kepada kepuasan pengguna.
"Pembukaan smart Kuching menandakan era baharu mobiliti elektrik di Sarawak. Sebagai pengedar automotif yang dipercayai, kami teruja untuk memperkenalkan penyelesaian EV inovatif smart ke Sarawak, menawarkan kepada pelanggan mengenai teknologi canggih dan pilihan yang berasaskan kelestarian." — Mr. Kevin Law, Pemilik Pengedar Ghee Hua Co. Sdn Bhd.
Alamat: Lot 136-137, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak
Pandulah smart Februari Ini: Nikmati Penjimatan & Keistimewaan Eksklusif dengan Tawaran Feb-ulous smart!
Bersempena dengan perkembangan jenama ini, smart Malaysia memperkenalkan kempen eksklusif Feb-ulous Deals sepanjang Februari, menjadikan pemilikan smart lebih jimat dan berbaloi. Pelanggan kini boleh menikmati penjimatan segera 10%, dengan nilai keseluruhan sehingga RM31,000 untuk smart #1 dan smart #3, serta hadiah istimewa termasuk smartCharge Home Charger dengan pemasangan standard percuma, kredit pengecasan bernilai RM1,000, dan keistimewaan korporat eksklusif.
Sebagai peneraju revolusi EV di Malaysia, ini adalah peluang terbaik untuk merasai masa depan mobiliti dengan smart. Tempah sesi pandu uji anda hari ini di https://my.smart.com/reserve-my-seat/. Tertakluk pada terma & syarat.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menghubungi pengedar sah, sila layari https://my.smart.com/#.