Terkini | New

Sunway Putra Hotel Meriahkan Bulan Ramadan Dengan Santapan Nusantara Putra: Sajian Istimewa, Raikan Bersama

Sunway Putra Hotel Meriahkan Bulan Ramadan Dengan Santapan Nusantara Putra: Sajian Istimewa, Raikan Bersama.


Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan pelancaran Santapan Nusantara Putra, sebuah bufet menyeluruh yang menghimpunkan warisan kulinari kaya dari Kepulauan Nusantara. Direka untuk menyanjung tema kebersamaan dan kesyukuran, bufet ini menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang menggabungkan citarasa tradisional Malaysia, rasa autentik Indonesia, serta kepelbagaian hidangan antarabangsa yang kreatif.

Dinobatkan sebagai Kuala Lumpur's Best City Hotel oleh Luxury Lifestyle Awards 2024 dan tersenarai dalam top 396 of properties in the city oleh KAYAK Travel Awards 2024, Sunway Putra Hotel terus mentakrifkan semula pengalaman kulinari dengan penuh inovasi dan keaslian.

Tahun ini, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Santapan Nusantara Putra sebagai satu perayaan kebersamaan melalui makanan. Bufet ini telah disusun rapi untuk menampilkan pelbagai rasa yang kebanyakannya dari Malaysia dan segelintir dari Indonesia, memberikan pengalaman makan malam yang benar-benar nikmat kepada para tetamu kami," kata Encik Wilfred Yeo, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. “Di Sunway Putra Hotel, kami terus komited untuk mencipta momen bermakna yang merapatkan silaturahim, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Santapan Nusantara Putra tahun ini memperkenalkan lima tema hidangan istimewa yang menjanjikan keunikan pengalaman makan malam. Gerai Kuali-Kawah menawarkan hidangan mantap seperti Kambing Bakar dan Gulai Daging Kawah, manakala Gerai Sate Beragam menyajikan pelbagai pilihan sate Indonesia termasuk Sate Maranggi Sapi asli Purwakarta, Sate Kambing Kecap dari kepulauan Madura, dan pilihan satay Malaysia lainnya. Bagi peminat hidangan berkuah, Gerai Kuah-Kuahan menyediakan pilihan menyelerakan seperti Sup Tulang, Sup Bakso, Sup Sayur Asem dan pelbagai lagi. Menambah cita rasa Indonesia yang autentik, Gerai Kuliner Nusantara menampilkan hidangan istimewa seperti Daging Sapi Taliwang dari Nusa Tenggara Barat dan Tongseng Kambing dari Jawa Tengah.

Untuk mengakhiri malam dengan hidangan manis, bufet ini menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut, daripada kek yang mewah seperti Kek Marble dan Kek Pandan Gula Melaka kepada hidangan tradisional seperti Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, dan Sago Pelangi Gula Aren.

Bufet Santapan Nusantara Putra akan berlangsung dari 1 Mac hingga 27 Mac 2025 di Kopi Haus, Tingkat 9, Lobby Utama, dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Tetamu boleh memanfaatkan Promosi pembelian awal, dengan harga RM135 nett seorang untuk tempahan yang dibuat antara 5 hingga 25 Februari 2025. Bermula 26 Februari, harga biasa sebanyak RM159 nett seorang akan dikenakan.


Menambahkan keseronokan, hotel telah mengumumkan Peraduan Cabutan Bertuah, terbuka kepada tetamu yang membeli enam atau lebih bufet dewasa dalam satu resit antara 1 Mac hingga 23 Mac 2025. Hadiah termasuk baucar penginapan, makan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari htt.s: www.sunway.hotels.com sunway Putra hubungi 4603 4040 9888, WhatsApp *6019 305 2372, atau e-mel spkl.ch@sunwayhotels.com.