AEON Bank dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Tandatangani MoU Demi Memupuk Bakat E-sukan dalam Kalangan Belia Tempatan
AEON Bank dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Tandatangani MoU Demi Memupuk Bakat E-sukan dalam Kalangan Belia Tempatan

AEON Bank (M) Berhad dan Malaysia Esports Federation (MESF) yang juga dikenali sebagai Persekutuan E-sukan Malaysia, baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan dua lagi rakan strategik iaitu Takaful Malaysia (Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad) dan Retromania. Majlis MoU tersebut telah berlangsung di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil dengan penyertaan penandatangan utama: Tsutomu Kamagata, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pengurusan Korporat AEON Bank; YBrs. Naim Al-Amin, Presiden MESF; Hazruddin Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran, Takaful Malaysia; dan wakil rasmi dari Retromania — disaksikan oleh YBrs. Suhaidi Alias, Pesuruhjaya Sukan Malaysia; Afiq Fadhli Narawi, Naib Presiden MESF, Aizuddin Danian Izham Cheong, Ketua Pegawai Perbankan Peribadi AEON Bank; dan YBrs. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI).
Majlis MoU ini dimulakan dengan pelancaran ‘Piala Esports Malaysia’ dan diikuti dengan penerimaan penuh serta komitmen terhadap pematuhan sepenuhnya kepada Kod Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Kod Anti-Doping Dunia oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Inisiatif ini menunjukkan komitmen MESF dalam menegakkan integriti, profesionalisme dan semangat kesukanan yang adil dalam kalangan pemain e-sukan Malaysia.
MESF merupakan sebuah persatuan sukan kebangsaan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, serta bergabung dengan International Esports Federation (IESF) dan Asian Electronic Sports Federation (AESF). Penubuhan MESF disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaras dengan komitmen untuk meningkatkan mutu dan pencapaian e-sukan negara ke peringkat antarabangsa.
Sebagai badan induk yang bertanggungjawab merancang perkembangan pemain, jurulatih dan pegawai esukan, MESF berperanan sebagai pemegang amanah bagi segala aktiviti e-sukan di Malaysia. Misinya adalah untuk membangunkan serta mempromosikan e-sukan sebagai sebuah sukan yang berdaya saing, di samping meneroka dan membimbing bakat baharu untuk mewakili negara dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa.