Eslite spectrum KL Destinasi Membeli-Belah Dan Gaya Hidup Unik Di Bukit Bintang
Eslite spectrum KL Destinasi Membeli-Belah Dan Gaya Hidup Unik di Bukit Bintang
eslite spectrum KL, yang terletak di The Starhill, Bukit Bintang, bukan sekadar sebuah kedai buku ia adalah hab yang menggabungkan pengalaman membeli-belah, budaya, dan komuniti. Sama ada anda ingin mencari fesyen terkini, menerokai kedai buku, atau sekadar bersantai di kafe yang selesa, juga terdapat di sini.

Nikmati Jamuan Buffet Ramadan dengan Pemandangan Menarik di Come True Café, eslite KL.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, di eslite KL anda boleh untuk berbuka puasa dengan gaya di Come True Café, yang menawarkan salah satu pemandangan paling menarik di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Berasal dari Taiwan, Come True Café terkenal dengan kopi istimewa dan menu yang menggabungkan hidangan signature mereka yang lazat dengan pilihan menu eksklusif yang menepati selera rakyat Malaysia. Jangan lupa merasai sendiri kopi-kopi istimewa merdeka yang unik sambil santai melihat pemandangan petang Kuala Lumpur.


Pilihan pizza dan pasta termasuklah Pancake Soufflé Istimewa yang gebu, dan amat lembut, pancake ini adalah menu harus cuba, terutama apabila dipadankan dengan kopi handmade mereka.


Dengan menu mesra muslim dan suasana yang menggamit pelanggan, Come True Café sesuai untuk berehat bersama kawan-kawan selepas anda Membeli -belah di Eslite spectrum KL.

Butiran Bufet Ramadan:
* Tarikh: Setiap hari Rabu pada bulan Mac (5/3, 12/3, 19/3, 26/3)
* Masa: 7:00 malam - 9:30 malam (Tempahan Sahaja)
* Harga Bufet:
* Dewasa: RM88 + 6% SST
* Kanak-kanak (4-12 tahun): RM55 + 6% SST
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Ramadan yang lazat dengan pemandangan yang menarik di Come True Café, eslite KL.
Bagi mereka yang teruja untuk membeli-belah pula jangan lupa untuk shopping di Eslite spectrum KL di sekitar shopping village yang mempunya hub fesyen yang menawarkan pakaian bergaya serta produk kecantikan premium pastinya destinasi utama untuk peminat fesyen dan penjagaan diri.


Sempat singgah ke pelbagai butik beg dari jenama antarabangsa yang eksklusif seperti anello, Hunter, Lin Shiao Tung, Porter, serta beberapa jenama tempatan Malaysia, Melinda Looi. Jika anda menghargai rekaan eksklusif dan kualiti premium, ini adalah tempat terbaik untuk mencari fesyen yang terkini.



Apa yang menarik pelbagai barangan seni, dan aksesori wanita terdapat di sini sesuai utuk Anda yang mencari hadiah Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, eslite spectrum KL adalah ruang yang menghubungkan budaya, kreativiti, dan komuniti.
Untuk mereka yang merancang ke eslite spectrum KL anda boleh menaiki MRT dan monorel Bukit Bintang bertambah senang sambil berbelanja dan membeli-belah untuk hari raya kali ini.
Jalan lupa layari lamam sosial media mereka di www.facebook.com/eslite/MY