Terkini | New

Life-Space Menampilkan ‘More Than Gut Health’ Jerayawara Kesihatan Holistik di The Exchange TRX

Life-Space Menampilkan ‘More Than Gut Health’ Jerayawara Kesihatan Holistik di The Exchange TRX

Terokai manfaat probiotik di jerayawara kesihatan imersif Life-Space pada bulan Mac ini


Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia menyambut Ramadan, menjaga kesihatan pencernaan menjadi semakin penting sepanjang bulan puasa. Namun, kesihatan usus hanyalah satu aspek—mikrobiom kita turut mempengaruhi imuniti, kesejahteraan mental, dan kesihatan keseluruhan. Sejajar dengan ini, Life-Space, Jenama Probiotik No.1 di Australia, akan menganjurkan roadshow kesihatan pertamanya di Malaysia bertemakan ‘‘More Than Gut Health’, yang akan berlangsung dari 3 hingga 9 Mac 2025 di The Exchange TRX. Acara ini bertujuan untuk menampilkan manfaat probiotik yang bukan sahaja menyokong sistem pencernaan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kesejahteraan menyeluruh.



Roadshow Life-Space ‘More Than Gut Health’ ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai rangkaian probiotik Life-Space yang luas, termasuk produk khas yang dirumus untuk kesihatan warga emas. Dengan fokus utama pada kesihatan usus semasa Ramadan, acara ini akan menyediakan sesi pendidikan tentang bagaimana probiotik boleh meningkatkan sistem pencernaan dan kesejahteraan sepanjang bulan puasa. Disokong oleh kajian mikrobiom yang terkemuka, rangkaian produk Life-Space membantu menyokong sistem pencernaan, kesejahteraan mental dan emosi, kesihatan kulit, serta pemakanan secara keseluruhan—menegaskan peranan penting usus dalam kesihatan yang optimum.




Pengunjung acara ini dapat menyertai pengalaman interaktif yang membawa mereka meneroka perjalanan kesihatan usus. Setiap stesen akan menampilkan aspek utama tentang bagaimana probiotik Life-Space berfungsi dalam menyokong kesejahteraan secara keseluruhan. Pengalaman imersif ini akan mendidik pengunjung mengenai hubungan penting antara kesihatan usus dan imuniti, kesihatan kulit, kesejahteraan mental, serta tahap tenaga. Roadshow Life-Space ‘‘More Than Gut Health’ ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk Sesi Konsultasi Kesihatan Peribadi untuk membantu pengunjung mengenal pasti probiotik yang sesuai serta memahami kepentingan makanan kaya probiotik. Pameran Multi-Deria pula menampilkan paparan interaktif mengenai peranan usus dalam sistem pencernaan, imuniti, dan kesejahteraan mental. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti ‘Get Gutting’, permainan menyeronokkan yang mendidik tentang kepelbagaian probiotik untuk kesihatan usus. Sementara itu, kanak-kanak boleh menikmati keseronokan di Kid Zone, di mana mereka boleh mengambil swafoto dalam aktiviti ‘Strike a Pose’ dan menebus hadiah kejutan selagi stok masih ada.



Life-Space Broad Spectrum Probiotic telah meraih pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Beauty Insider & Natural Health Awards, yang membuktikan keberkesanan dan kualiti produknya. Acara ini juga akan memperkenalkan pelancaran Guardian 60+ NPD, produk probiotik baharu yang diformulasikan khusus untuk menyokong kesihatan warga emas. Diformulasi dengan 15 strain bakteria baik, produk ini membantu menyokong sistem imun warga emas, meningkatkan kesihatan sistem pencernaan, mengekalkan fungsi usus yang sihat, dan mengembalikan keseimbangan flora usus yang baik.




"Kami komited dalam memperjuangkan kesihatan usus melalui penyelesaian probiotik yang terbukti secara saintifik. Roadshow kesihatan pertama kami di Malaysia ini adalah peluang untuk mendidik pengguna tentang kepentingan mikrobiom yang seimbang dan bagaimana probiotik dapat menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik, terutamanya dalam tempoh penting seperti di bulan Ramadan. Kami teruja untuk berinteraksi dengan komuniti Malaysia dan memberikan impak positif yang berkekalan," kata Alan Yi, Pengurus Besar Life-Space Group.



Life-Space menjemput semua individu yang mementingkan kesihatan untuk mengunjungi roadshow ini dan menerokai bagaimana probiotik boleh mengubah kesejahteraan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Life-Space, sila layari https://www.lifespaceprobiotics.com.