Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H di Menara Kuala Lumpur.
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H di Menara Kuala Lumpur.
Rakyat Malaysia akan bermula puasa pada 2 Mac 2025M 1 Ramadan 1446H

Menara Kuala Lumpur sekali lagi menjadi salah satu lokasi utama bagi cerapan anak bulan Ramadan. Majlis penuh keberkatan ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, serta YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat, Menara Kuala Lumpur bukan sahaja berdiri megah sebagai ikon pelancongan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam penentuan awal Ramadan, satu momen istimewa yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia.


Proses cerapan anak bulan melibatkan gabungan kaedah falak tradisional dan teknologi moden untuk memastikan penentuan awal Ramadan yang tepat. Dengan ketinggian dan kedudukan strategik, Menara KL menjadi lokasi yang ideal untuk mengamati keindahan langit dan menyaksikan detik penentuan Ramadan secara langsung.

Turut hadir dalam acara bersejarah ini ialah Pengarah Urusan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Dato’ Abdul Hamid Shaikh, serta Ketua Pegawai Eksekutif, Nazli bin Saad.
Video
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosiap media Menara Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/officalmenarakl