Majlis Iftar Dan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-anak Yatim, Asnaf Dan Oku
Majlis Iftar Dan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-anak Yatim, Asnaf Dan Oku

Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur & Selangor dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang menganjurkan Majlis Iftar dan Sumbangan Hari Raya untuk Anak-Anak Yatim, Asnaf dan OKU.
Program ini bertujuan untuk meraikan golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bagi menyemai semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Majlis ini berlangsung dengan kehadiran penaja utama iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diwakili oleh Timb Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP Pn. Wan Maizatun binti Wan Hasan, bersama dengan para jemputan dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini.
Antara pengisian utama majlis adalah jamuan berbuka puasa serta penyampaian sumbangan pakaian dan kuih Raya kepada golongan asnaf , anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Syawal.
Majlis ini bukan sahaja memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga mengukuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur & Selangor berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan kepada penerima menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.