Terkini | New

Majlis Pelancaran Produk Terbaharu Midea Bersama Barisan Perkakas Rumah Pintar

Majlis Pelancaran Produk Terbaharu Midea Bersama Barisan Perkakas Rumah Pintar.


Midea Majlis Pelancaran Barisan Perkakas Rumah Pintar Serbaharu Midea yang menampilkan Integrasi IoT Termaju, Kecekapan Tenaga dan Reka Bentuk Berpusatkan Pengguna

Midea, peneraju global dalam perkakas rumah pintar, hari ini telah memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Persembahan tersebut juga menekankan komitmen syarikat untuk memudahkan lagi akses pengguna kepada perkakas rumah pintar yang cekap tenaga dan mesra pengguna.



"Pelancaran produk baharu pada hari ini sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam bagi pihak kami di Midea. Ia selaras dengan visi kami yang kuat dalam merangkul masa hadapan kehidupan rumah tangga," kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia. "Keperluan kita kini berubah dengan lebih pesat dari satu hari ke satu hari yang lain - gaya hidup pengguna yang kian sibuk berbanding sebelum ini memerlukan teknologi perkakas rumah yang lebih bijak dan cekap. Dengan menggabungkan inovasi mampu milik, pembuatan berkualiti tinggi dan sokongan perkhidmatan pelanggan yang hebat, Midea komited menerajui gelombang perubahan untuk mengintegrasikan kehidupan pintar dengan keperluan setiap pengguna."

Memacu Inovasi Perkakas Rumah Pintar Yang Cerdas dan Cekap Tenaga Midea telah sekian lama giat berusaha memajukan usaha seni reka dan inovasi mampan demi memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan kecekapan tenaga, integrasi kecerdasan dan reka bentuk bersepadu perkakas rumah pintar.



Memandangkan kos elektrik yang terus meningkat, pengguna semakin mengutamakan perkakas rumah yang cekap tenaga. Kebanyakan pendingin hawa dan peti sejuk terbaru Midea diiktiraf SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia), dengan 34 model pendingin hawa dan 13 model peti sejuk yang mencapai penarafan 4 bintang atau lebih tinggi. Midea turut menyaksikan peningkatan ketara dalam penggunaan pendingin hawa penyongsang, dengan model cekap tenaga kini meningkat sebanyak 40% daripada jumlah jualan.

Selain kecekapan tenaga, kesepaduan perkakas dengan keperluan rumah tangga juga merupakan salah satu lagi faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Perkakas rumah pintar terkini Midea sememangnya selaras dengan permintaan ini dengan menawarkan reka bentuk terbina moden yang dilengkapi dengan fitur kecerdasan buatan. Rangkaian produk terkini dilengkapi dengan kecekapan RFID dan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal peralatan mereka dari jauh melalui Aplikasi SmartHome untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih intuitif dan tersambung.



Midea terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia, berdasarkan permintaan hangat terhadap perkakas cekap tenaga dalam kalangan pengguna. Segmen pendingin hawa syarikat mencerminkan momentum pasaran yang mampan dengan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) melebihi 30%, sambil mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) untuk syarikat sebanyak 20% bagi tempoh lima tahun lalu secara keseluruhannya.

Bagi tahun 2025, Midea Malaysia telah menetapkan sasarannya untuk mencecah RM1 bilion bagi nilai jualan tahunan. Ia juga mengunjurkan pertumbuhan dua angka atas keupayaan rangkaian peniaganya yang melebihi 1,000 di seluruh negara untuk memudahkan lagi akses pengguna kepada inovasinya demi mencapai pertumbuhan mampan lagi pesat.

Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan syarikat dalam sektor penyaman udaranya, Midea bakal mengembangkan rangkaian kedai Midea Pro Shops, khusus untuk pakar pendingin hawa dengan lebih 50 lokasi baharu di seluruh negara dirancang dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Rangkaian kedai Midea Pro Shops bukan sahaja menawarkan sokongan teknikal dan perundingan pakar, malah juga menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan komitmen Midea untuk mengukuhkan perkhidmatan pelanggan dan pertumbuhan industri.



Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan syarikat dalam menyampaikan penyelesaian rumah pintar dan produk yang lebih pintar dan cekap tenaga kepada pengguna, Midea juga giat mengembangkan rangkaian kedai Midea Brands Stores. Dalam tempoh dua tahun akan datang, syarikat merancang untuk menaik taraf lebih 50 kedai ini di seluruh negara. Pada masa yang sama, Midea juga akan menempatkan terminal jualan yang dilengkapi dengan sokongan teknikal profesional, perundingan pakar, dan perkhidmatan pengalaman sehenti yang komprehensif, seterusnya menunjukkan komitmen teguh syarikat terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan peranan strategiknya dalam pembangunan industri.

Sebagai sebahagian daripada transformasinya menjadi jenama yang dipacu teknologi, Midea juga akan memperkayakan kehadiran runcitnya dengan pengalaman membeli-belah yang lebih mesra dan mengasyikkan kepada pengguna. Syarikat sedang merombak susun atur kedai untuk menawar pengalaman teknologi inovatif dalam persekitaran yang menarik dan interaktif selaras dengan komitmennya terhadap inovasi perkakas rumah pintar.



Pelancaran rangkaian perkakas rumah pintar yang cekap tenaga oleh Midea juga menampakkan usaha syarikat dalam menerajui gelombang perubahan kehidupan pintar terkini. Dari dapur hingga ke bilik tidur, inovasi berpelbagai ini direka untuk memudahkan kehidupan warga Malaysia dengan pengalaman yang bersepadu, moden dan mesra pengguna. Berpusatkan aplikasi SmartHomenya, Midea telah menyepadukan teknologi Data Besar, Kecerdasan Buatan, Pengkomputeran Awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk membolehkan pengalaman rumah pintar dimana pengguna bebas meluangkan masa bersama keluarga di samping mengawal perkakas rumah menerusi telefon. Ketika Midea memajukan visinya untuk rumah yang lebih pintar dan lebih mampan, barisan produk baharu ini akan tersedia secara rasmi dalam masa yang terdekat.




Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Midea menawarkan promosi di mana pelanggan akan menerima ganjaran eksklusif Touch 'n Go sehingga RM500 bermula 16 Mac 2025. Ikuti saluran rasmi Midea Malaysia untuk maklumat selanjutnya dan juga pengumuman terkini yang lain.