Terkini | New

Malaysia International Traditional Archery Festival 2025 (MITAF25) Bakal Menghimpunkan Peminat Memanah Tradisional dari Seluruh Dunia

Malaysia International Traditional Archery Festival 2025 (MITAF25) Bakal Menghimpunkan Peminat Memanah Tradisional dari Seluruh Dunia


Festival memanah tradisional yang dinanti -nantikan, Malaysia International Traditional Archery Festival 2025 (MITAF25), bakal berlangsung dari 9 hingga 12 Oktober 2025, menghimpunkan peminat, pakar dan atlet memanah tradisional dari seluruh dunia.


Acara berprestij ini akan diadakan di dua lokasi utama iaitu Royale Chulan Damansara dan Kwasa Damansara, Selangor, Malaysia, dengan penyertaan dianggarkan seramai 2,000 peserta dari lebih 10 negara.

MITAF25 akan menampilkan pelbagai acara menarik, termasuk:

✓ Malaysia International Traditional Archery Summit — Sidang ilmiah yang menghimpunkarti profesional, akademik, dan pengamal sukan memanah tradisional di Royale Chulan Damansara, dengan perbincangan utama mengenai seni, budaya dan evolusi memanah tradisional.

✓ MITAF International Youth Championship (Cilik) — Platform bagi pemanah muda untuk mempamerkan bakat serta melahirkan generasi baharu dalam sukan memanah tradisional.

✓ Malaysia Open Championship — Pertandingan terbuka kepada semua pemanah, meraikan warisan memanah tradisional Malaysia yang kaya.

✓ ASEAN Collaboration of Traditional Archery (ACTA) Tournament — Kejohanan khas peringkat serantau yang bertujuan mengeratkan hubungan antara negaranegara ASEAN melalui minat bersama dalam memanah tradisional.



MITAF25 bukan sekadar satu pertandingan; ia adalah sebuah perayaan budaya dan sukan yang menonjolkan kepentingan sejarah serta keindahan seni memanah tradisional, sambil memupuk semangat perpaduan antarabangsa.


Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, penajaan, dan jadual acara, nantikan pengumuman seterusnya. Sertai kami dalam meraikan tradisi, ketepatan dan perpaduan melalui sukan memanah.