Menangi Kereta Raya Impian Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 Kuala Lumpur
Menangi Kereta Raya Impian Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 Kuala Lumpur

Taklimat Pempamer Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada semua usahawan yang menjadi pempamer. Pada tahun ini, ABxFGR membuka jualan tapak reruai lebih daripada 700 termasuk Mini Absolut Food Fest dan ini adalah yang terbesar berbanding pada tahun 2024.


Pihak penganjur memulakan sesi taklimat dengan mengumumkan barisan rakan penaja untuk ABXFGR’25. Pada tahun ini, ABxFGR’25 dibawakan secara eksklusif oleh USANITA Sdn Bhd manakala Boost sebagai Bank Digital Rasmi, Proton sebagai Rakan Eksklusif Automotif, Aik Cheong sebagai Minuman Rasmi dan Ombak Exclusive sebagai Rakan Percetakan Rasmi.

Selain itu, ABxFGR’25 juga mendapat sokongan daripada barisan rakan penaja bersama seperti GlamPick, Wardah, Kahf, Todak, Sugar Bomb, Isetan, Pos Malaysia, Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Dally, Kunafa Aiwahhh, Mis-clarie, NIMS Adeliciousz, She Dazzle, Mira Gold, Blanco Fragrance dan Lavvanya Beauty.



Di samping itu, penganjur juga turut mengumumkan aktiviti menarik sepanjang 66 jam, yang menawarkan habuan menarik kepada pengunjung. Pada tahun ini pihak penganjur menyediakan hadiah yang sangat lumayan kepada semua pengunjung yang hadir dan berbelanja di ABxFGR iaitu sebuah kereta Proton Saga.


Semua pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum RM500 berpeluang untuk menyertai peraduan ‘Teka dan Menang Kereta Raya Bersama Proton’. Aktiviti wajib dan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung pada hari pertama ABxFGR tentunya Money Chamber, di mana hanya dibuka kepada 100 pengunjung terawal sahaja. Selain daripada itu, turut disediakan Wheel of Fortune Raya, di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi wang tunai.



Aktiviti sampingan setiap tahun seperti jualan ‘Happy Hour’, sesi beramah mesra bersama selebriti Malaysia dan mini konsert juga menjadi tumpuan untuk semua pengunjung ABxFGR. ABxFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang-bintang besar. Pelbagai artis terkemuka akan menyertai acara ini dan menyajikan hiburan yang menghiburkan.



Pihak penganjur menyeru semua warga Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 yang bakal berlangsung pada 21 - 24 Mac 2025 di MITEC, Kuala Lumpur. Festival raya terbesar 2025 ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti, bermula pada 12 tengah hari (21 Mac) sehingga 6 pagi (24 Mac). Jumpa anda di ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025!