Minaz Fashion Show 2025 Tampil Bersama Koleksi Minaz Abaya
Minaz Fashion Show 2025 Tampil Bersama Koleksi Minaz Abaya

Minaz dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbaharu mereka, "Seluruh Jiwa," di pentas pertunjukan fesyen yang gilang-gemilang pada tahun 2025. Koleksi ini menampilkan rekaan yang memukau, menggabungkan elemen tradisional dan moden dengan sentuhan inovatif.


Pertunjukan fesyen ini menandakan lembaran baharu bagi Minaz, dengan penekanan pada kepelbagaian dan inklusiviti dalam rekaan mereka. "Seluruh Jiwa" meraikan keindahan setiap individu, tanpa mengira saiz, bentuk, atau latar belakang.



Koleksi ini menampilkan pelbagai jenis pakaian, daripada gaun yang elegan hingga ke pakaian kasual yang bergaya. Setiap rekaan direka dengan teliti, menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan perincian yang halus. Warna-warna yang digunakan juga berani dan menarik, mencerminkan semangat dan keyakinan wanita moden.



Turut menampilkan Minaz Abaya yang mengutamakan aurat wanita, kata Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid, koleksi baharu ini lebih memberi tumpuan kepada Abaya, hijab dan telekung.



“Tahun ini merupakan tahun terakhir buat Minaz Blooming Raya dan era baharu untuk jenama Minaz dengan pengenalan kepada Minaz Abaya, Basic dan Telekung. Dengan ‘direction’ baharu ini saya mengharapkan sokongan daripada Minaz Lovers agar koleksi ini terus mendapat sambutan hangat seperti Blooming Raya yang telah berada di pasaran selama 15 tahun.



“Secara jujur, saya sangat gementar kerana Minaz Abaya masih baru di Malaysia, namun kami lihat ada trend di mana abaya bukan hanya digayakan sewaktu Raya Haji sahaja, namun ke majlis sosial atau rasmi. Syukur kami mendapat banyak respon positif selepas koleksi ini dilancarkan.

_copy_900x1600.jpg)
“Sebenarnya tujuan saya melancarkan Minaz Basic kerana kami mahu mengeksklusifkan aurat para wanita, InsyaAllah dan ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan baharu ‘The New Chapter of MINAZ’ untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Biarpun baru sahaja dilancarkan tempahan untuk koleksi hijab hampir habis terjual. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.minaz.my
.