Terkini | New

Nasi Lemak Lobster Dan Nasi Lemak Rendang Rusuk Lazat Di Menanti Pengunjung Di Shah Alam

Nasi Lemak Lobster Dan Nasi Lemak Rendang Rusuk Lazat Di Menanti Pengunjung Di Shah Alam


Ramadan ini nikmati juadah berbuka puasa yang luar biasa di Kay’s Steak & Lobster. Chef kami menyediakan 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐋𝐨𝐛𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐮𝐬𝐮𝐤, hidangan eksklusif yang menggabungkan resipi asli mak-mak di kampung dengan sentuhan moden Barat.



Isi lobster segar dan manis meresap dengan rempah, sementara rendang rusuk yang dimasak perlahan menjadi sangat lembut. Dihidangkan bersama nasi lemak, sambal pedas, timun segar dan bilis rangup, setiap suapan penuh dengan rasa yang memukau.



Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.



Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan bahagian Utara Lembah Klang seperti mana tiga cawangan sebelum ini.

"Putra Height adalah untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat serta Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengah Lembah Klang. Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu. Melihatkan sambutan, nyata pemilihan lokasi ini sangat bertepatan. Kami percaya, selain hidangan aneka makanan barat yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga mendapat kemudahan tambahan iaitu pakir kereta yang banyak," katanya.


"Selain menu utama seperti udang kara hidup diterbangkan hidup dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signature Kays Steak & Lobster merupakan pilihan pelanggan bahkan mendapat sijil halal Jakim. Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal," ujarnya.


Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster adalah antara RM300 dengan berat lobster sekitar 800 gram. Untuk melengkapkan pengalaman berbuka, setiap set didatangkan dengan pilihan salah satu daripada tiga minuman istimewa iaitu Ala Onde, Lai Chi Kang atau East Melon.


Menjelang Ramadan, Aizuddin dan pasukannya bakal menyajikan hidangan tambahan istimewa iaitu nasi lemak lobster berempah Dan Nasi Lemak Rendang Short Rib berempah selain menyajikan menu sedia ada.


Sementara itu, katanya Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep berbeza.

Seterusnya adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026. 

Untuk maklumat menu hidangan atau membuat tempahan sila ikuti maklumat lanjut di www.kaysteaklobter.com.

Instagram: @kaysteaklobster