Terkini | New

Pandang Pertama Samsung Galaxy A36 5G Telefon Pintar Dengan Kuasa Awesome Intelligence

Pandang Pertama Samsung Galaxy A36 5G Telefon Pintar Dengan Kuasa Awesome Intelligence


Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy A36 5G yang hadir bersama Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G yang bakal berada di Malaysia pada 18 Mac 2025 ini.

Koleksi peranti Samsung Galaxy A36 5G direka untuk individu yang aktif di media sosial, suka berhubung dengan orang lain, dan gemar berkongsi pengalaman mereka secara dalam talian dengan platform media sosial dan memahami trend terkini dalam komunikasi digital.


Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy A36 5G, untuk tatapan semua. Galaxy A36 5G, dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 3, yang memberikan pengalaman permainan yang pantas dengan bateri 5000mAh yang besar dan Super Fast Charge 2.0, kini dinaik taraf daripada 25W kepada 45W.


Kamera Berkualiti Tinggi dengan Kamera utama 50MP OIS (F1.8) dengan autofokus (AF) untuk gambar yang tajam dan stabil. Kamera ultra lebar 8MP (F2.2) untuk tangkapan sudut luas.

Privasi yang Dipercayai dan dilengkapi dengan ciri perlindungan privasi, termasuk Perlindungan Kecurian Telefon.

SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy A55 5G 

Model: Samsung Galaxy A36 5G 
Paparan:  6.7 inci dengan kecerahan 1,200 nit (berbanding 6.6 inci dan 1,000 nit).
Pemproses : cipset Snapdragon® 6 Gen 
RAM: 12GB 
Memori Dalaman : 256GB
Berat dan saiz: Berat 195g dan saiz 162.9 x 78.2 x 7.4.
Kamera Utamakamera utama 50 MP f/1.8 Wide dan 8 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar) 
Bateri: 5000mah
SIM/Telefon: Dual sim
USB: USB Type-C
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Accelerometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Virtual Proximity Sensing

Warna Pilihan
Tersedia dalam empat pilihan warna: Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, dan Awesome Lime.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siri  Samsung Galaxy A36 5G.

Galaxy A56 5G

Galaxy A36 5G

Galaxy A26 5G