RONA RAYA 2025 Nikmati Perayaan Warna-warni dan Tradisi
RONA RAYA 2025 Nikmati Perayaan Warna-warni dan Tradisi

Sungei Wang Plaza bakal menyemarakkan musim perayaan ini dengan Rona Raya, sebuah kempen Hari Raya yang meriah dan penuh warna-warni, berlangsung dari sekarang hingga 13 April 2025. Tahun ini, kami mengajak para pengunjung untuk menyelami keindahan tradisi menerusi busana Batik dan Songket, dihiasi dengan dekorasi memukau, persembahan kebudayaan, serta ganjaran membeli-belah eksklusif.
Rasakan suasana perayaan yang menakjubkan dengan warna-warni dan motif yang terperinci apabila Sungei Wang Plaza berubah menjadi pengalaman perayaan yang memukau. Bertemakan Rona Raya, yang bermaksud 'Warna-warni Raya', kempen ini menonjolkan keindahan menerusi hiasan yang menarik. Pengunjung akan disambut dengan pondok tradisional yang dihiasi elemen ikonik Melayu seperti wau, pelita, serta pameran interaktif yang memaparkan pembuatan lemang dan dodol. Pintu masuk pusat beli-belah ini dihiasi dengan bunga-bunga berwarna-warni, lampu berkelipan, dan kehijauan yang subur, mencipta suasana perayaan yang mesra. Di atas Sungei Wang Walk, kain batik yang bergantungan menambahkan sentuhan tradisi yang anggun.
Di Centre Court, sebuah bumbung Minangkabau yang menakjubkan diletakkan di atas binaan skrin.LED dan struktur tangga batu rumah Melaka, menjadi nadi digital Rona Raya. Di atasnya, kain batik yang tergantung serta beg membeli-belah berwarna-warni, hasil kerjasama dengan Malaysia Super Sale oleh Tourism Malaysia, membangkitkan semangat perayaan yang meriah. Kawasan ini dipenuhi dengan kehijauan yang menyegarkan, sementara patung-patung peragaan mempersembahkan fesyen batik eksklusif dan pakaian pereka tempatan yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari Malaysia.
"Kami teruja untuk menghidupkan Rona Raya di Sungei Wang Plaza," kata Joseph Teo, Pengurus Besar Sungei Wang Plaza. "Kempen ini adalah penghormatan kepada tradisi indah Hari Raya, menawarkan ruang kepada pengunjung untuk meraikan, membeli-belah, menjamu selera, dan mencipta kenangan manis bersama keluarga serta rakan-rakan.
Kemuncak kempen ini bermula dengan Pelancaran Rasmi Rona Raya pada 19 Mac 2025. Majlis ini akan dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Yang Berbahagia Dato' Rohaizi Bahari, Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang diwakili oleh Mohd Afandi Mohd Isa, Ketua Penolong Pengarah, Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan, KPDN, Encik Ahmad Fadhullah Fauzi, Presiden Persatuan Optometris Malaysia, serta para wakil media dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Sungei Wang Plaza.
Acara ini akan menampilkan persembahan kebudayaan yang meriah, pelancaran rasmi kempen Raya, dan permulaan inisiatif CSR termasuk Program Pemeriksaan Mata Percuma. Para tetamu juga akan disajikan dengan pertunjukan fesyen oleh Pelita Mice yang menampilkan The Batik Shop,