Terkini | New

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025: Festival Raya No. 1 Kembali Meriahkan Syawal!

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025: Festival Raya No. 1 Kembali Meriahkan Syawal!


Festival No. 1 negara, Starvendors, akan kembali meriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Kali ini, festival ini akan berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi, dengan konsep “Indoor” dan “Outdoor” yang menjanjikan lebih banyak aktiviti untuk seluruh keluarga. 

Festival ini akan diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025. Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 merupakan penganjuran kali ke-16 sejak 2019. Menariknya tahun ini, konsep “Indoor” akan memfokuskan kepada persiapan Raya, manakala konsep “Outdoor” pula khas untuk pencinta makanan, dengan waktu operasi bermula dari jam 3 pagi 20 Mac sehingga 6 pagi setiap hari. SPayLater juga akan menjadi Rakan Pembayaran Eksklusif untuk Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. 

Dengan kemudahan “Buy Now, Pay Later”, pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini. Dato' Saripah Raziah atau Ifa Raziah, Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, yang juga seorang artis versatil terkenal, berkata bahawa Starvendors bertekad untuk terus memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta selebriti untuk mengembangkan jenama mereka melalui platform ini. "Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Starvendors juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Perak dengan konsep Starvendors Foodstival yang sama. 

Acara ini akan berakhir pada ke-20 pada penghujung tahun 2025," kata Ifa. Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat berbuka puasa, dan sahur yang selesa. Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan pada waktu malam, termasuk kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan daripada artis-artis terkenal. 

Festival ini turut menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air yang akan membuka „booth‟ dan menjual produk mereka sendiri. Antara artis yang terlibat termasuklah Dato Sri Siti Nurhaliza, Kak KM, Dato Fizz Fairuz, Dato’ Afdlin Shauki, Chacha Maembong, Siti Sairah, Ako Mustapha, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Agy, Prince Syed & Fatin, dan ramai lagi.