Watsons Malaysia Mempersembahkan "Raya Terunggul"Sambutan Kebersamaan, Nostalgia Dan Ganjaran.
Watsons Malaysia Mempersembahkan "Raya Terunggul"Sambutan Kebersamaan, Nostalgia Dan Ganjaran.
Filem Raya Mengangkat Semangat Kebersamaan Bersama Bintang Ikonik dan Ahli Watsons Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM3,888,888 termasuk Kereta Proton, Motosikal Modenas dan banyak lagi.

Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya terbarunya, "Raya Terunggul", dari 6 Mac hingga 14 April 2025. Kempen ini menawarkan promosi menarik di kedai dan atas talian, hadiah eksklusif, serta sebuah filem perayaan yang menyentuh hati, menampilkan keindahan nilai kekeluargaan dan kebersamaan.
Sebagai satu tradisi yang dinanti-nantikan, filem jenama Raya Watsons Malaysia terus memikat hati penonton. Tahun ini, produksi filem ini amat istimewa kerana ia menggabungkan watak-watak legenda dari filem dan siri televisyen ikonik Malaysia seperti Mami Jarum, Adnan Sempit, dan Gerak Khas.
Menampilkan Duta Watsons, Ayda Jebat, bersama pelakon tersohor seperti Datuk Yusof Haslam, Kartina Aziz, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid, Maya Karin, Ropie, dan Mia Sara Shauki, filem ini menggabungkan hiburan dengan mesej yang mendalam mengenai kasih sayang keluarga, penghargaan, dan perpaduan.
"Kempen Raya Watsons bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai kasih sayang, kekeluargaan, dan kesyukuran. Kami berharap kempen tahun ini membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group.
Tahun ini, filem jenama Raya Watsons mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Melati dalam menyambut kedatangan bapa baru dalam hidupnya. Sebagai seorang anak yang penyayang, Melati ingin memastikan ibunya membuat pilihan yang tepat dalam memilih pasangan hidup. Dalam semangat Raya, di mana menonton filem-filem Melayu ikonik menjadi satu tradisi keluarga, watak-watak dari filem tersebut menjadi hidup untuk membimbing Melati dalam perjalanan menemui hakikat sebenar kebahagiaan, iaitu kasih sayang yang ikhlas.

Saksikan filem jenama Raya Watsons di Facebook, YouTube, dan Instagram rasmi Watsons.
Di samping kemeriahan perayaan dan promosi, Watsons Malaysia juga menerajui usaha membantu komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Dengan kerjasama Blackmores, Watsons Malaysia telah menyumbangkan produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan harian kepada 300 keluarga di PPR Kampung Baru HICOM. Selain itu, Watsons juga telah menyumbang bekalan keperluan asas, makanan, dan produk kesihatan kepada lebih daripada 16 rumah kebajikan di seluruh negara, bagi memastikan mereka yang memerlukan turut dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.
"Watsons Malaysia komited dalam membantu komuniti yang kami berkhidmat. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memberikan sokongan yang bermakna kepada mereka yang memerlukan, agar mereka juga dapat menikmati semangat Raya dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan," tambah Caryn Loh.
Bersempena kempen ini, Watsons Malaysia menawarkan diskaun 60% untuk item kedua di kedai dan atas talian untuk semua pelanggan. Tawaran ini membolehkan semua orang mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit, dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang luar biasa.
“Lebih menarik lagi, Watsons Malaysia memberikan ganjaran kepada ahli Watsons Club dengan hadiah bernilai lebih RM3,888,888. Dari 6 Mac hingga 5 Mei 2025, ahli Watsons Club yang berbelanja minimum RM50 di kedai atau atas talian menggunakan kad debit atau kredit VISA berpeluang memenangi hadiah luar biasa seperti kereta Proton, motosikal Modenas, jongkong emas 10g, dan e-baucar Watsons,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.
Sepanjang tempoh kempen, ahli Watsons Club juga boleh menikmati hadiah percuma seperti sampul Raya, beg perjalanan, balang kuih Fika, dan seterika stim Gabor dengan pembelian minimum RM80 ke atas di kedai dan atas talian. Hadiah ini ditawarkan selagi stok masih ada, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi untuk ahli setia Watsons.
Lagu Tema Raya Watsons dan Kolaborasi Eksklusif menambahkan lagi keceriaan, filem jenama Raya Watsons tahun ini menampilkan komposisi muzik yang bertenaga dan menarik, yang pasti akan digemari oleh semua peringkat umur.
Ayda Jebat, Duta Watsons Malaysia, berkata, “Filem perayaan tahun ini adalah satu sambutan yang penuh kegembiraan, nostalgia, dan kebersamaan keluarga. Kami ingin mencipta melodi yang boleh dinyanyikan bersama, sambil menghayati semangat Syawal. Lebih daripada sekadar hiburan, ia adalah satu peringatan indah tentang kepentingan menghargai insan tersayang.”
Selain itu, pelanggan boleh menantikan barangan eksklusif hasil kolaborasi bersama Neelofa, koleksi barangan perayaan, dan pelancaran peket pelekat Unik the Cat—cara yang unik dan menyeronokkan untuk berkongsi kegembiraan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan.
Raikan kenangan indah bersama insan tersayang pada Hari Raya ini dan layari www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.