White Infinity Medispa Memperkenalkan Rawatan Estetik Terkini dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Dari Korea
White Infinity Medispa Memperkenalkan Rawatan Estetik Terkini dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Dari Korea

White Infinity Medispa, sebuah pusat rawatan estetik yang terletak di Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur, dengan bangganya mengumumkan pelancaran rangkaian rawatan estetik terkini dan perkhidmatan berkualiti tinggi dari Korea Selatan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.
White Infinity Medispa komited untuk menyediakan pengalaman rawatan yang selamat, berkesan, dan memuaskan kepada setiap pelanggan dengan rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi yang bukan saja memberi hasil positif malah tidak menyakitkan wajah ketika prosedur berbanding dengan facial biasa yang hanya memberi kesan sementara.


"Rawatan yang lebih berkesan dengan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi turut menawarkan pelbagai jenis rawatan yang disesuaikan dengan keperluan kualiti individu. Beberapa teknologi terkini yang kami gunakan termasuk Picocell, Hydronano, dan Oksigen yang dapat merawat masalah kulit seperti keradangan, kulit kusam, dan penuaan. Kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mencapai penampilan yang mereka inginkan dengan menggunakan teknologi terkini dan teknik rawatan yang terbukti berkesan, ujar ujar Pengasas White Infinity Spa, Mazita Mahmood "

“Setiap kali saya ke Korea, mereka sentiasa menaik taraf teknologi mesin mereka, membuatkan saya sentiasa mahu mengikuti perkembangan terbaru dalam industri ini walaupun sudah berpengalaman dalam bidang kecantikan, setelah mengambil Facial Advanced Class di Seoul, Korea selama hampir setahun. Kecantikan sejati tidak hanya terletak pada penggunaan solekan yang tebal, tetapi tampil dengan kulit yang sihat dan berseri tanpa perlu bergantung pada solekan tebal. Penjagaan kulit yang betul mampu memiliki glass skin yang bersinar dan berseri, yang dapat membuatkan kita lebih yakin dengan penampilan kita,” katanya.

White Infinity, menawarkan harga yang mampu milik tanpa sebarang pakej yang membebankan pelanggan bagi memastikan bahawa pelanggan mendapat rawatan yang sesuai dengan keperluan mereka tanpa terikat kepada pakej-pakej yang tidak memberi hasil yang diinginkan. Kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan adalah lebih penting daripada sekadar keuntungan semata-mata.


White Infinity Medispa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan. Kami hanya menggunakan produk dan peralatan yang diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan dan mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan yang ketat. Kami mengalu-alukan anda untuk mengunjungi White Infinity Medispa dan mengalami sendiri perkhidmatan berkualiti tinggi yang kami tawarkan.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji, sila lawati White Infinity Medispa, di No 109-2 Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.