Generasi Muda, Kuasai Digital: Travel Storytelling Competition Pacu Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026
Generasi Muda, Kuasai Digital: Travel Storytelling Competition Pacu Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Tourism Productivity Nexus (TPN), Tourism Malaysia dan Tourism Selangor telah menganjurkan Travel Storytelling Competition: Promoting Malaysia Diversity bagi memupuk kreativiti dalam mempromosikan pelancongan Malaysia melalui penceritaan digital.
Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid berkata bahawa pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia, tetapi juga membentuk generasi muda yang lebih.inovatif dalam pemasaran pelancongan digital.
“Program ini menonjolkan kuasa kreativiti dan teknologi dalam merakam keindahan Malaysia melalui pelbagai perspektif seperti ekopelancongan, warisan budaya, pelancongan bandar dan gastronomi.

Politeknik Sultan Idris Shah komited dalam memupuk bakat pelajar dalam bidang digital dan kreatif, sekaligus melengkapkan mereka dengan kemahiran penceritaan, komunikasi, dan media digital yang relevan dengan industri moden. Pertandingan ini bukan sekadar cabaran, tetapi juga pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam.penghasilan kandungan digital yang mampu mempromosikan Malaysia secara inovatif,” tambah beliau.
Pertandingan ini melibatkan 804 peserta dari pelbagai peringkat pendidikan termasuk Politeknik, IPT, sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Malaysia. Peserta memuat naik video dan gambar mereka di media sosial sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Malaysia sempena tahun melawat Malaysia 2026.
10 finalis terbaik telah dijemput ke MaTiC untuk sesi pembentangan bagi berkongsi kisah di sebalik karya mereka kepada panel juri Selain itu, pertandingan sampingan Video Race turut dianjurkan dengan penyertaan 48 pelajar dari 16 kumpulan pelajar sekolah, di mana mereka diberikan masa tiga jam untuk menghasilkan video promosi mengenai MaTiC dan pelancongan Malaysia. 30 pelajar PSIS juga turut menyertai cabaran khas dalam penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif dan inovatif.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Rohizam Md Yusoff dari Tourism Productivity Nexus (TPN), dengan kehadiran wakil daripada MaTiC, Tourism Selangor, Tourism Malaysia serta Pengarah PSIS. Acara utama majlis menyaksikan penyerahan Fingerprint Digital Content, sebagai simbol sumbangan kreatif peserta kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Program ini memberi impak yang besar dalam memperkasakan generasi muda dengan kemahiran digital dan komunikasi, menyumbang kandungan segar kepada.industri pelancongan, serta memperkukuh Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Dengan sokongan 18 syarikat penaja, pertandingan ini berjaya menjadi platform yang berimpak tinggi dalam merancakkan industri pelancongan negara dan memperkasa pembangunan bakat dalam bidang pemasaran digital serta pengurusan acara