Terkini | New

MIFFest Umum Barisan Duta Bront Palarae kembali bersama Siti Saleha dan Daiyan Trisha

MIFFest Umum Barisan Duta Bront Palarae kembali bersama Siti Saleha dan Daiyan Trisha

Arah Baharu MIFFest: “ASEAN On Screen”, kerjasama strategik bersama Hong Leong Bank & ulang tahun ke-25 Festival Filem Kesatuan Eropah


Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) secara rasmi melancarkan edisi.ke-8 yang akan berlangsung dari 19 hingga 27 Julai 2025. Majlis pelancaran diadakan di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, hotel rasmi MIFFest, mengumumkan pelbagai sorotan menarik termasuk program.baharu, barisan kolaborator, dan duta festival. Pembukaan rasmi tahun ini akan diadakan di MyTOWN Shopping.Centre, menandakan kembalinya semangat MIFFest secara fizikal dan memperkukuh kedudukannya sebagai festival filem utama rantau ini.


Tiga Suara, Satu Misi: Duta MIFFest 2025 MIFFest tahun ini memperkenalkan barisan Duta Festival yang diperbaharui menampilkan dua ikon pelakon wanita Malaysia, Siti Saleha dan Daiyan Trisha, yang menyertai Bront Palarae, kini memasuki tahun keenam sebagai wajah festival.



Gabungan tiga figura ini mewakili generasi pencerita yang membawa suara zaman, terhubung erat dengan penonton dan komuniti. Bersama-sama, mereka mencerminkan semangat MIFFest  untuk mempersembahkan sinema yang jujur, relevan dan berani mencerminkan masa depan.

INFINITY: Key Visual oleh Wing Shya

Tema utama tahun ini ialah INFINITY satu penghormatan kepada sifat sinema yang tidak terbatas dalam menyatukan manusia, memulihkan harapan, dan menyalakan imaginasi.




Presiden MIFFest, Joanne Goh, menyatakan: “MIFFest bukan sekadar festival. Ia adalah ruang di mana penceritaan yang bermakna diberi pentas. Dengan tema INFINITY, kami mahu membuka lebih banyak ruang untuk keberanian, empati dan keterbukaan  supaya setiap filem bukan sekadar tontonan, tetapi perasaan.”

Visual utama festival direka oleh seniman visual dan jurufoto tersohor dari Hong Kong, Wing Shya (yang.terkenal dengan kolaborasi bersama Wong Kar Wai). “Filem sentiasa magis,” kata Wing Shya. “Seluruh hidup seseorang boleh dirakam dalam satu naskhah mentah, telus, peribadi tetapi masih mampu menggerakkan hati kita. Itulah keajaiban masa dalam sinema.”



ASEAN On Screen: Kolaborasi FINAS × MIFFest 

Beri Ruang Baharu Buat Sinema Serantau Sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, MIFFest bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melancarkan inisiatif utama ASEAN On Screen. Program ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Bin Mutalib.

Sebagai tonggak utama festival tahun ini, ASEAN On Screen akan menyoroti karya-karya terbaik Asia Tenggara sambil menggalakkan kerjasama rentas negara, penerbitan bersama dan pertukaran kreatif. Pendekatannya jelas: cerita yang datang dari rantau ini harus diberikan ruang yang sewajarnya dengan nilai, arah, dan visi.

Kerjasama Jangka Panjang: Hong Leong Bank Menyokong Masa Depan Filem

MIFFest turut mengumumkan kerjasama rasmi bersama Hong Leong Bank sebagai Bank Rasmi MIFFest sehingga tahun 2027. Kolaborasi ini membentuk pelan jangka panjang untuk memupuk perkembangan sinema.tempatan, mengembangkan komuniti kreatif, serta mendekatkan pengalaman sinema kepada generasi baharu.





Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Hong Leong Bank, berkata: “Kami melihat diri kami bukan sekadar institusi perbankan  kami adalah pemacu pengalaman bermakna dan penyokong kehidupan yang penuh warna, termasuk dalam bidang industri kreatif. Inilah asas kerjasama kami dengan MIFFest, yang mengiktiraf kekuatan penceritaan daripada layar perak, muzik hinggalah pengalaman imersif  dalam menyatukan komuniti, membangkitkan inspirasi dan memberi impak jangka panjang. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan industri hiburan tempatan dan memperkayakan lagi pengalaman budaya untuk para penonton serta pemain industri.”



MIFFest × EUFF: Raikan 25 Tahun Cerita Dari Eropah 

MIFFest terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan menampilkan Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) ke-25 sebagai sebahagian daripada MIFFest 2025. Edisi tahun ini menjanjikan barisan filem EUFF yang paling komprehensif setakat ini, menandakan pencapaian penting dan komitmen bersama dalam pertukaran budaya dan sinema.





EUFF 2025 akan berlangsung dari 20 hingga 27 Julai, selama lapan hari penuh dengan tayangan istimewa, sesi perkongsian dan program bertemakan budaya Eropah yang dipilih khas untuk khalayak Malaysia.

Timo Goosmann, Timbalan Ketua Misi EU di Malaysia berkata: “Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1999, EUFF telah menjadi institusi budaya penting di Malaysia. Moto EU — In varietate concordia (bersatu dalam kepelbagaian)  bukan sahaja menggambarkan semangat Eropah, tetapi turut berkait rapat dengan jiwa Malaysia. Bersama MIFFest, kami membina jambatan budaya yang menghubungkan dua rantau melalui cerita, impian dan nilai-nilai kemanusiaan seperti empati, kebaikan dan pemahaman.”



India & Hong Kong: MIFFest Perluas Hubungan Budaya Serantau

MIFFest turut mengekalkan hubungan kukuh bersama Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur (HCIKL) dan Kementerian Maklumat dan Penyiaran India, yang terus menjadi Rakan Budaya Utama. Tahun ini, MIFFest akan terus memberi ruang kepada karya-karya terpilih dari India, serta menyerlahkan bakat pembikin filem dan suara kreatif dari rantau tersebut.

Dalam masa yang sama, MIFFest juga menyambung kerjasama tahun ketiga bersama Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO), Agensi Pembangunan Industri Budaya dan Kreatif (CCIDA), serta Majlis Pembangunan Filem Hong Kong (FDC) bagi memupuk pertukaran industri dan meraikan sinema Hong Kong secara menyeluruh, dari komuniti ke akademik hingga profesional industri.

Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-8 akan berlangsung dari 19 hingga 27 Julai 2025 di Kuala Lumpur. Acara pembukaan rasmi akan diadakan di MyTOWN Shopping Centre, dan sesi tayangan utama dijadualkan di GSC Cinema.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari: www.miffest.com.my, Facebook, Instagram or TikTok.