Sumbangan pek makanan untuk gelandangan oleh YAYASAN MR D.I.Y. dan Food4u
Sumbangan pek makanan untuk gelandangan oleh YAYASAN MR D.I.Y. dan Food4u
Komited untuk meringankan beban golongan yang memerlukan serta memastikan komuniti terpinggir tidak dipinggirkan, YAYASAN MR D.I.Y. telah bekerjasama dengan Food4u untuk mengagihkan pek makanan kepada gelandangan di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur.
Program ini adalah merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang selaras dengan inisiatif perayaan “Raya Penuh Makna” anjuran peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. bagi tahun 2025, yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan, dan mencipta kenangan bermakna. Tumpuan utama inisiatif ini adalah untuk membantu komuniti gelandangan yang sering berhadapan dengan kekangan dalam mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat setiap hari.
Pengagihan pek makanan ini telah dijalankan pada 25 Mac 2025, di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan diteruskan pada 27 Mac 2025, di Jalan Sayur, Pudu. Sebanyak 600 pek makanan telah disediakan dan diedarkan, merangkumi nasi biryani, biskut krim, roti, dan air mineral.
Wakil Food4u, Encik Tony, berkata, "Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAYASAN MR D.I.Y. atas kerjasama yang terjalin dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kami berharap usaha ini bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk tampil membantu komuniti yang kurang bernasib baik.”
Inisiatif sumbangan pek makanan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak yang bukan sekadar menyantuni mereka yang memerlukan, tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berkongsi rezeki, memupuk nilai kemanusiaan, serta menyemai rasa prihatin terhadap komuniti yang kurang bernasib baik, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
YAYASAN MR D.I.Y. turut mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak untuk berganding bahu membantu komuniti yang memerlukan, kerana dengan keprihatinan serta kerjasama, dapat membawa perubahan yang lebih besar serta menyeluruh.
Selain sumbangan makanan kepada gelandangan, YAYASAN MR D.I.Y. telah melaksanakan pelbagai program lain melalui inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ ini. Antaranya, program bersama anak-anak dari rumah kebajikan, aktiviti kesukarelawanan, serta projek komuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai program komuniti YAYASAN MR D.I.Y., sila layari laman sesawang mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, and TikTok.