Watsons Malaysia Lancar Café Pop-Up Pertama Naturals by Watsons
Watsons Malaysia Lancar Café Pop-Up Pertama Naturals by Watsons
Selaras dengan penjenamaan semula Naturals by Watsons, kini dengan pembungkusan lebih baik, ramuan yang lebih baik, dan kecantikan bersih.

Sempena menyambut Hari Bumi pada April ini, Watsons Malaysia mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian dengan pelancaran Naturals by Watsons Pop-Up Café, sebuah pengalaman kecantikan dan kesedaran alam sekitar yang imersif. Bermula dari 25 Mac hingga 28 April 2025 di luar Fahrenheit 88, Bukit Bintang, inisiatif unik ini menggabungkan kecantikan lestari, bengkel interaktif, hadiah eksklusif, dan inisiatif mesra alam, serta memberikan pelanggan pengalaman menarik ke arah masa depan yang lebih cerah dan lestari.
Naturals by Watsons telah berada di barisan hadapan dalam memacu produk lestari selama 14 tahun, dengan kedudukan kukuh di sembilan pasaran utama: Malaysia, Thailand, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Turki, Vietnam dan Timur Tengah. Perkembangan ini menyerlahkan komitmen jenama untuk berhubung dengan pengguna dari pelbagai latar belakang sambil menjadikan gaya hidup lestari lebih mudah diakses. Hasil daripada usaha ini, Naturals by Watsons telah dianugerahkan gelaran “Highly Commended” bagi kategori “Best All Green Brand” di Global Green Beauty Awards 2024. Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan kepimpinan jenama dalam mempromosikan amalan lestari dalam industri kecantikan serta komitmen berterusan terhadap inovasi dan perubahan positif.
“Tahun ini, kami teruja untuk memperkenalkan semula Naturals by Watsons dengan rangkaian baharu yang dipertingkatkan dan komited terhadap kelestarian, merangkumi 12 variasi produk daripada penjagaan badan hingga penjagaan rambut. Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, kami memperkenalkan Naturals by Watsons Pop-Up Café – satu pengalaman gaya hidup. Café ini menawarkan ruang untuk pelanggan berinteraksi, belajar dan membeli-belah sambil menghayati nilai-nilai teras kami iaitu kesihatan, kecantikan dan kelestarian. Sebagai peneraju peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami mahu mencipta perubahan bukan sahaja melalui produk yang ditawarkan, malah juga melalui cara kami berinteraksi dengan pelanggan dan menyumbang kepada bumi yang lebih hijau,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group.
Pengalaman café pop-up ini dipacu oleh Naturals by Watsons, jenama yang memperjuangkan kecantikan bersih, keberkesanan dan kelestarian. Diformulasi dengan lebih 95% ramuan asal semula jadi, rangkaian ini 100% vegan, diuji secara dermatologi, dan bebas daripada paraben, alkohol, silikon serta minyak mineral. Pembungkusan pula diperbuat daripada plastik kitar semula yang dikumpul dari lautan, dan produk terpilih mengandungi 60% minyak sawit mampan yang diperakui, menegaskan janji Watsons untuk melindungi kecantikan dan alam sekitar. Tambahan pula, formulasi dipertingkatkan dengan ramuan aktif seperti Ceramide, Peptida, Asid Hyaluronik, Retinol, dan Niacinamide, yang terbukti secara klinikal memberikan kelembapan tahan lama sehingga 72 jam*.
Komitmen kelestarian Watsons tidak terhenti di Malaysia sahaja. Malah, di Taiwan, Watsons akan menganjurkan aktiviti pembersihan pantai bagi mempromosikan pembungkusan lestari baharu Naturals by Watsons. Di Filipina, tumpuan diberikan kepada program isi semula dan kitar semula, serta kempen Bawa Beg Sendiri untuk menggalakkan tabiat membeli-belah yang lebih sihat. Manakala di Thailand, Watsons akan bekerjasama dengan NGO tempatan di mana setiap produk yang terjual akan disumbangkan bagi menyokong projek pemulihan terumbu karang. Usaha kolektif ini menjadi peringatan bahawa setiap tindakan kecil menyumbang ke arah masa depan yang lebih lestari.
Antara tarikan utama café pop-up ini ialah penekanan terhadap pendidikan dan tindakan. Café ini dibina menggunakan bahan lestari, dengan sorotan seperti arca gergasi produk dan mural kelestarian yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuk botol kosong Naturals by Watsons dan beg plastik sekali guna Watsons. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Watsons Malaysia, Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM), NGO tempatan HARA Makers, dan pelajar-pelajar universiti, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurangan sisa plastik dan penggunaan bertanggungjawab.
Untuk memudahkan amalan lestari, café ini menyediakan stesen isi semula di mana pelanggan boleh membawa botol kosong mereka untuk mengisi semula Aloe Shower Gel (RM3.50/100ml) atau Coffee Shampoo (RM4.00/100ml), menggalakkan pengurangan sisa dan gaya hidup mampan. Bengkel hujung minggu juga diadakan, termasuk aktiviti Kraf Kitar Semula Plastik, Pembuatan Batu Aroma, dan Kraf Macrame dengan Gelang Kayu, dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit di café.
Pelanggan juga boleh menikmati promosi eksklusif, termasuk diskaun 20% di seluruh stor, shampu saiz perjalanan 100ml percuma dengan pembelian RM80, dan Beg Guni eksklusif bersama dua shampu saiz perjalanan (Argan & Aloe Vera) dengan pembelian RM150.
Lebih menarik lagi, pelanggan boleh menyertai pelbagai aktiviti mesra alam seperti memuat naik ke media sosial untuk menerima rantai kunci kayu ukiran percuma (terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap hari), menukar botol PET kosong untuk menebus shower gel lavender 100ml (terhad kepada 30 pelanggan pertama setiap hari), atau mengunjungi Scent Bar untuk kad coaster beraroma secara percuma.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi Watsons Malaysia, rakan kerjasama kelestarian dari WMAM dan HARA Makers, serta tetamu khas dari Hong Kong, Thailand dan Filipina. Turut memeriahkan acara adalah Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, serta Rakan Selebriti Watsons, semuanya hadir menyokong kecantikan lestari dan gaya hidup mesra alam.
Caryn menambah, “Sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang kelestarian, Watsons Malaysia beriltizam untuk mencapai 100% pembungkusan lestari bagi semua produk jenama Watsons dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Inisiatif ini sejajar dengan misi kelestarian global Watsons dan diperkuat lagi melalui kerjasama strategik bersama ClimatePartner bagi mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan amalan runcit lebih lestari.”
Dengan komitmen berterusan terhadap kecantikan bersih, kelestarian dan inovasi, Watsons Malaysia terus memimpin usaha peruncitan mesra alam. Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini ke arah dunia yang lebih lestari dan indah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Naturals by Watsons Café, sila layari laman media sosial Watsons Malaysia.