CANDAT SOTONG Di TERENGGANU
Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Pulau Kapas. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.
Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. Teringin untuk mencandat sotong?
Pulau Kapas ditutup semasa musim tengkujuh antara November hingga Februari dan masa terbaik untuk mencandat adalah dari April hingga Julai. Kali ini kami mencandat sotong bersama Ombak Kapas Resort.
Mesti ada yang tak sabar untuk turut serta dan ini adalah koleksi gambar ketika kami di atas bot dan bekal makanan kami yang di sediakan.
Candat Sotong ( Squid Jigging ) memang menarik bagi menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan mendapat sotong untuk di makan. Pastikan anda memakan pil mabuk laut sewal 2 jam sebelum menaiki boat kelaut.
Hasil tangkapan lumayan juga bila di kira tapi memandangkan kami terpaksa pulang ke resort untuk menikmati bbq kadi kami pulang awak sedikit.
Bagi yang berminat untuk bersama mencandat sotong dan merasai sendiri bolehlah hubungi :
--------------------------------------------------------------------------------------------
OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT